Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ibu Negara Baharu Indonesia Dinamakan Nusantara


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JAKARTA, 17 Jan (Bernama) — Ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur diberi nama Nusantara, kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa semasa mesyuarat bersama jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu negara baharu itu hari ini di Parlimen.

Beliau berkata Presiden Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi, mengesahkan nama itu pada Jumaat, 14 Jan.

Ibu negara baharu itu adalah antara projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan Jokowi di Indonesia sebagai pemangkin untuk membuka potensi ekonomi keseluruhan, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan nama Nusantara,” kata Suharso.

Menteri itu berkata Nusantara adalah istilah lama Jawa, yang bermaksud “pulau luar”, ia ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas oleh masyarakat global sebagai Republik Indonesia.

Indonesia memperuntukkan US$35.8 juta (US$1=RM4.18) dalam bajet negeri 2022 untuk pembinaan ibu negara baharu itu. Keseluruhan projek itu menelan kos US$35 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembinaan fizikal sebenar akan dimulakan tahun ini setelah rang undang-undang ibu negara itu diluluskan oleh parlimen.

Pada 9 Sept tahun lalu, Jokowi menandatangani Peraturan Presiden No. 85 Tahun 2021 mengenai Rancangan Kerja Kerajaan bagi 2022, yang merangkumi lapan langkah strategik untuk mempercepatkan transformasi Kalimantan, termasuk pembinaan ibu negara baharu yang lengkap dengan infrastruktur sokongan.

Ia termasuk mempercepat realisasi pelaburan, mengoptimum pembangunan komoditi dan meningkatkan jaminan undang-undang mengenai pemilikan tanah dengan mengeluarkan sijil pemilikan tanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 7.16 malam tadi....

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Oyen Buat Hal Lagi, Kali Ini Menyamar Jadi Kapibara Di Zoo Negara Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini ekoran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Is Sabri Yaakob membangkitkan kekecewaan Malaysia dalam isu Palestin dan Myanmar terutamanya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada Saintis mendakwa bahawa telah menemui...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications