Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ibu pengantin lelaki melaram pakai gaun putih menyerupai pengantin perempuan


WASHINGTON – Ibu kepada seorang pengantin lelaki menjadi mangsa kecaman netizen kerana memakai gaun berwarna putih yang membuatkannya kelihatan seperti pengantin, lapor akhbar New York Post semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita berambut perang itu memakai gaun putih labuh yang mempunyai belahan kain sehingga paras paha serta dihiasi perincian mutiara,  labuci serta korset lutsinar.

Ibu pengantin lelaki itu turut memakai hiasan kepala yang tinggi di samping gaun paras dada tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video dikongsikan anak perempuannya itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen yang menyifatkan pemakaiannya sebagai tidak sesuai.

“Mengapa dia memakai gaun putih? Dia tidak dibenarkan (berpakaian begitu) pada majlis perkahwinan saya. Ibu atau bukan, ia bukan hari bersejarah untuknya tetapi untuk pasangan pengantin,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ia adalah hari meraikan pasangan pengantin, bukan dirinya. Ia satu tindakan yang menggerunkan,” kata seorang lagi netizen. – Agensi 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications