Hi, what are you looking for?

Hiburan

Idzu ‘Sepohon Kayu’ kembali beraksi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SEKITAR 25 tahun lalu, nyanyiannya menerusi lagu Sepohon Kayu bersama kumpulan nasyid popular, Saujana pernah mencipta fenomena.

Malah, lagu tersebut masih menjadi siulan dan dihafal bait-bait liriknya hingga ke hari ini. Disebabkan lagu tersebutlah, dia berjaya mengumpul pengaruh tersendiri.

Namun, pada 2006, Idzu atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin mengambil keputusan untuk ‘berehat’ daripada industri muzik demi fokus terhadap kerjaya baharu sebagai doktor perubatan di sebuah hospital tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas 16 tahun, Dr. Idzu Baharin, 41, kini kembali menerusi single Ku Serah hasil ciptaan bersama Ahmad Jeffny.

Menurut Idzu, minat dan cintanya terhadap nyanyian tidak pernah padam.

Malah, kerjaya yang pernah menaikkan namanya suatu ketika dahulu dilihat masih relevan seiring dengan empayar perniagaan dibina, Cell Tissue Technology Sdn. Bhd.

Advertisement. Scroll to continue reading.
KETIKA usianya sudah melepasi angka 40-an, Idzu sekadar mahu berkongsi karya dan satu bentuk motivasi bersama khalayak yang masih mengenali dirinya.

“Kalau nak kata senyap itu saya lebih fokus kepada memulakan kerjaya dalam bidang perubatan.

“Selepas beberapa tahun, saya masuk bidang penyelidikan dan pengilangan. Boleh katakan sibuk dengan kerja dan bisnes.

“Minat dalam nyanyian itu masih lagi ada cuma nak aktif macam zaman dahulu sudah berapa sangat sangat. Tetapi sekarang sejak saya pun aktif dalam bisnes, masa itu ada. Jadi bolehlah saya kembali menyanyi,” kata Idzu yang mengakui sering bertemu peminat yang bertanyakan karya baharu daripadanya.

Memikirkan namanya masih terpahat di hati ramai, Idzu mengambil keputusan untuk menzahirkan sebuah single terbaharu selepas 16 tahun menyepi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah Idzu, bulat hatinya untuk kembali aktif tidak hanya bermotif mengejar kemasyhuran, tetapi ingin berkongsi karya dengan peminat yang setia bersamanya dan Saujana termasuk generasi hari ini yang baru mengenali mereka.

“Umur saya pun sudah lebih 40 tahun. Jadi, bukan lagi untuk kejar populariti tetapi lebih untuk berkongsi karya dan berjumpa dengan peminat baharu yang kenal saya menerusi media sosial.

Idzu Baharin pernah dikenali menerusi kumpulan Saujana.

“Waktu itu mungkin mereka belum lahir atau masih kecil. Jadi mereka belum kenal sangat saya. Bila saya muncul dalam media sosial mereka berminat untuk lebih mengenali saya.

“Boleh dikatakan, sebab kemunculan sebenarnya lebih kepada mengubat kerinduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya rindu nak menyanyi. Saya juga masih aktif dengan Saujana dan kami baru saja selesai rakaman video muzik Sepohon Kayu (remake) sempena ulang tahun kami yang ke-25 tahun,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai single Ku Serah, Idzu berkata, penghasilan lagu tersebut lebih cenderung ke arah mengajak peminat mengimbau kembali perjalanannya sebagai anak seni ketika bersama Saujana.

“Lagu ini sebenarnya macam ‘ad-hoc’. Kebetulan saya baru meraikan hari jadi, rasa macam lebih matang sekarang. Kematangan itu membuatkan saya rasa macam nak selesaikan beberapa perkara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apabila sudah semakin berumur, sudah tentu perasaan itu lebih kepada nak memperbaiki diri. Saya lebih nak memberi motivasi kepada pendengar.

“Lagu Ku Serah kali ini lebih kepada pengikut lama yang kenal saya sejak pertama kali keluar bersama Saujana,” katanya.

Muzik video rasmi Ku Serah yang diluncurkan awal Ogos lalu boleh ditonton menerusi saluran YouTube Idzu Baharin.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KKR nafi dakwaan ‘Malaysia ke-12 terbawah miliki jalan raya terburuk’ KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Kementerian Kerja...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang wanita melahirkan rasa syukur apabila proses mengeluarkan wang simpanan ibunya yang menghidap str dipermudah...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez melaungkan keyakinan anak-anak buah­nya sudah bersedia menggempur gawang Inter Milan untuk membawa...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR –  Valis Wings, Datuk Awie menggesa penyanyi rock tidak menjadikan genre diperjuangkan sebagai lesen berkelakuan kurang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications