Hi, what are you looking for?

Sukan

Iga Swiatek tersungkur di tangan Haddad Maia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

TORONTO – Impian bintang tenis No.1 dunia, Iga Swiatek untuk mara ke peringkat suku akhir Toronto Masters berkecai apabila tewas mengejut kepada pemain Brazil, Beatriz Haddad Maia semalam.

Haddad Maia yang menduduki ranking No.24 dunia tampil dengan perlawanan agresif selepas menumpaskan Swiatek 6-4, 3-6, 7-5, sekali gus mencatat kemenangan pertama dalam karier ke atas pemain No.1 dunia.

Ini adalah kali ketiga pemain Brazil itu berjaya menewaskan pemain dalam kelompok 10 terbaik musim ini. Sebelum ini, Haddad Maia meraih kemenangan pada Terbuka Nottingham dan Birmingham Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tahu bahawa semua perlawanan di sini akan menjadi sangat sukar terutama pusingan pertama. Saya melepasi pusingan pertama selepas memerlukan tiga set perlawanan.

“Tiada yang mudah meskipun anda berdepan dengan pemain kelompok 20 pemain terbaik. Tenis adalah seperti itu. Tidak kira di mana anda bermain, ­gelanggang mana dan dengan siapa. Anda perlu bermain dengan cukup baik.

“Apa pun saya sangat bangga dengan diri saya sendiri kerana mara ke suku akhir,” kata Haddad Maia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain pilihan kesepuluh, Coco Gauff turut mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan pilihan keenam Aryna Sabalenka 7-5 4-6 7-6(4), manakala pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula pula mengalahkan penyandang juara, Camila Giorgi. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GERIK – Mayat lelaki warga emas dijumpai tersangkut pada dahan p di dalam sungai di Kampung Air Panas...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MANCHESTER – Kekalahan be­sar yang dialami ketika berdepan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lalu mungkin...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LONDON: Kedengaran aneh tetapi tidak bagi empat wanita Britain yang teruja memulakan kerja baharu mereka di sebuah pejabat...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications