Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Imran Ajmain nafi bermasam muka dengan Fazley


PETALNG JAYA – Imran Ajmain menafikan dakwaan bermasam muka dengan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob renteran tidak lagi bekerja sebagai pengarah kreatif di bawah restoran Suka Sucre, milik Fazley selepas 15 tahun berkhidmat dengan jenama tersebut.

Imran, 42, ketika ditemui HibGlam berkata, dia mengambil keputusan untuk ‘angkat kaki’ dari Suka Sucre dengan cara baik, selepas ditawarkan peluang apabila dilantik sebagai pengarah di Persatuan Komposer dan Penulis Singapura (Compass).

Kata pelantun Seribu Tahun itu, tawaran dilantik sebagai pengarah di Compass juga dianggap sebagai rezeki untuk dia berada dekat dengan ibunya di Singapura.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya dan Fazley masih berkawan dan tidak ada apa-apa masalah. Sebelum melepaskan jawatan sebagai pengarah kreatif, saya telah membuat perancangan selama setahun untuk Suka Sucre.

“Lagi pun, dia sendiri nampak saya dapat rezeki di tempat lain. Sebelum ini saya susah sangat mahu berulang-alik antara Malaysia dengan Singapura sebab terlalu sibuk menguruskan Suka Sucre.

“Jadi, selepas ini saya tidak ada masalah untuk berada dengan dengan ibu saya di Singapura,” katanya kepada HibGlam. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selama 15 tahun bersama Suka Sucre, Imran yang ditemui semasa majlis sidang media pelancaran lagu Padam dan Pergi serta Konsert Malam Seribu Tahun, di sini, hari ini, mengakui tidak berpeluang untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya. 

Begitupun, dia tidak menyesal kerana masih melakukan pekerjaan yang diminatinya, iaitu dalam bidang pemasaran.

“Selama bersama Suka Sucre, saya akui kerjaya nyanyian saya tidak berkembang dan tersekat. Tapi saya tidak menyesal kerana ketika bersama Suka Sucre, saya masih lakukan perkara yang saya belajar dah minati iaitu pemasaran dan komunikasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas 15 tahun berkhidmat bersama Suka Sucre, saya telah pun lakukan yang terbaik dan banyak produk yang keluar dari hasil titik peluh saya.

“Banyak produk yang keluar melalui cetusan idea saya sendiri. Bila rezeki lain datang, khusus untuk saya seorang, saya rasa kalau tidak ambil, saya akan menyesal. Pada usia saya sekarang (42), saya tidak boleh menolak tawaran sebegitu,” katanya.

Terdahulu, timbul gosip mengatakan hubungan akrab antara Fazley dan Imran bermasalah, selepas kedua-dua mereka tidak lagi dilihat bersama seperti sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Gadzli Yaakob ketika ditemui media baru-baru ini menegaskan hubungannya dengan Imran berada dalam keadaan baik sekali gus menafikan dakwaan tersebut. – KOSMO! ONLINE 


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement