Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

India Minta Bantuan Pakar Thailand, Selamatkan 40 Mangsa Terperangkap Terowong Dibina Runtuh


Terowong Uttarakhand

Masuk Hari Ke-6, Situasi Getir 40 Mangsa Terperangkap Terowong Dibina Runtuh

Operasi menyelamat 40 mangsa yang terperangkap di dalam sebuah terowong yang sedang dibina di Uttarkashi, India sedang diteruskan, lapor Indian Express.

Usaha menyelamat itu dikatakan hampir sampai ke lokasi 40 pekerja yang terperangkap menggunakan mesin baharu berkapasiti tinggi dari New Delhi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasukan penyelamat dilaporkan perlu menggerudi sedalam 60 meter bagi memasukkan paip untuk tujuan membawa keluar mangsa terperangkap.

Difahamkan, beberapa pekerja yang terperangkap dilaporkan mengalami sakit kepala dan mual ringan.

Justeru, ubat-ubatan penting seperti multivitamin, glukosa dan buah kering telah dihantar kepada mangsa yang terperangkap melalui gelung paip enam inci.

Pasukan penyelamat telah membawa mesin gerudi kering buatan Amerika yang terkini dari ibu negara selepas operasi menyelamat dihentikan pada Rabu lalu.

Menurut Kol. Deepak Patil selaku Pengurus Besar National Highways & Infrastucture Development Corporation Limited (NHIDCL), mesin dan kelengkapan untuk plan C telah dibawa masuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelan menyelamat masih sama iaitu dengan menggerudi untuk memberi laluan bagi memasukkan paip keluli lembut selebar 900mm.

Rancangan membawa kesemua mangsa sedang diteliti

Memetik CNN, pihak berkuasa juga dikatakan sedang meneliti rancangan untuk membawa kesemua 40 mangsa yang terperangkap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rancangan itu termasuk menghubungi pasukan penyelamat yang berpengalaman dalam misi menyelamat yang rumit seperti demikian.

“Bantuan sedang diminta daripada pasukan khas Norway dan Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pasukan penyelamat telah menghubungi syarikat Thailand yang pernah melakukan operasi menyelamat kanak-kanak terperangkap di dalam gua,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penerangan Daerah Uttarkarshi, Kirti Panwar.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Kejadian yang berlaku pada Ahad sekitar jam 5.30 pagi itu melibatkan sebuah terowong yang sedang dibina di Jalan Raya Kebangsaan Yamunotri di Uttarakhand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembinaan terowong itu dibuat bagi menghubungkan Silkyara dan Dandalgaon di daerah Uttarkashi.

Kesemua mangsa yang terperangkap bagaimanapun dilaporkan terselamat dan hanya boleh dihubungi menerusi walkie-talkie.

Sehingga ke hari ini, operasi menyelamat yang dijalankan telah memasuki hari yang keenam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Indian Express, CNN, Times of India

The post India Minta Bantuan Pakar Thailand, Selamatkan 40 Mangsa Terperangkap Terowong Dibina Runtuh appeared first on Siakap Keli.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications