Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Indonesia beli kapal penyelamat kapal selam AS$100 juta


JAKARTA: Kementerian Pertahanan Indonesia kelmarin menandatangani persetujuan untuk membeli kapal penyelamat kapal selam dengan harga AS$100 juta (RM468 juta) daripada sebuah syarikat Britain.

Keputusan itu dibuat bagi memodenkan aset ketenteraan Indonesia yang disifatkan semakin uzur.

Perjanjian antara syarikat yang dilantik sebagai rakan kongsi kementerian pertahanan, PT BTI Indo Tekno, pengeluar kapal Submarine Manufacturing & Products dan Houlder ditandatangani semasa ekspo pertahanan di London.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembelian itu merupakan yang terbaharu dalam siri pembelian aset ketenteraan secara besar-besaran oleh Indonesia.

Antaranya adalah 42 jet pejuang Dassault rafale dengan harga AS$8.1 bilion (RM38 bilion), 12 dron baharu dari Turkish Aerospace bernilai AS$300 juta (RM1.4 bilion) dan 12 jet pejuang Mirage 2000-5 terpakai yang bernilai AS$800 juta (RM3.7 bilion).

Kesemua pembelian itu menimbulkan keresahan dalam Kabinet pimpinan Joko Widodo (Jokowi) apabila beliau pada Julai lalu memberi amaran kepada barisan menterinya supaya mengekalkan ‘bajet sihat’ sambil menekankan perbelanjaan berlebihan oleh agensi keselamatan negara, termasuk kementerian pertahanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Indonesia juga dilaporkan memperuntukkan dana sebanyak AS$8.74 bilion (RM41 bilion) pada tahun ini untuk pertahanan, sekali gus menjadi peruntukan terbesar dalam belanjawan negara.

Dalam pada itu, kapal penyelamat kapal selam buatan Britain tersebut direka untuk operasi menyelamat pantas yang boleh memuatkan seram ai 50 orang dan boleh diangkut dengan pesawat.

Indonesia kekurangan kapal penyelamat apabila satu daripada lima kapal selamnya, iaitu KRI Nanggala 402 karam semasa latihan tembakan torpedo di Laut Bali pada 2021, membunuh kesemua 53 anak kapalnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications