Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

‘Ingatkan Kereta Sebenar’ – Myvi Versi Blok Binaan Raih Perhatian Ramai


Bukan sahaja kanak-kanak, bahkan golongan dewasa juga pasti tidak akan menolak sekiranya diberi permainan blok binaan atau bricks kerana ia membentuk kreativiti dalam menghasilkan sesuatu berdasarkan reka bentuk hasil imaginasi.

Perkongsian oleh seorang pengguna TikTok ini menarik perhatian orang ramai apabila memaparkan video sebuah kereta Myvi yang dihasilkan menggunakan permainan blok binaan.

Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat sebuah kereta Myvi berwarna kuning sedang ditolak beberapa individu untuk ke suatu tempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila Myvi berkenaan dirakam secara dekat, rupanya kereta yang diberi julukan ‘King of the road’ itu bukanlah kereta sebenar tetapi ia dihasilkan daripada blok binaan!

| Kampungmamakcom Myvi Lego

‘Hasil tangan anak Malaysia’

Memetik sumber Motoqar, model Myvi bricks bersaiz sebenar itu dibangunkan oleh Bryks.Art dengan menggunakan sebanyak 1.27 juta blok.

Difahamkan, seramai 15 individu yang terlibat untuk memasang model MyBi Extreme 1.5 berwarna kuning dan ia mengambil masa selama dua bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih mengujakan apabila dilihat kemasannya amat sempurna dengan Myvi asli.

| Kampungmamakcom Myvi Lego

“Ingat kereta sungguh, bila baca.”

Myvi ni macam lagi mahal je.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Elok detail betul diorang buat ni. Respect to the team.”

@znspantas

Kalau Nak beli myvi mahal sgt,korang buat je guna lego #fypシ #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang

♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat model berkenaan, bolehlah mengunjungi Publika yang mana pameran berlangsung sehingga 29 Mei ini.

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk...

Hiburan

3s SELEPAS hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, penyanyi dan pelakon Miley Cyrus akhirnya berjaya membawa pulang trofi berprestij Anugerah Grammy ke-66 yang...

Sukan

3s SEREMBAN – Pasukan hi wanita Negeri Sembilan memulakan kempen Liga Hi Malaysia (MHL) 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan PDRM Blue Warriors 3-2...

Advertisement