Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Ini 5 Gerai Nasi Lemak Di Kuching Buat Anda Yang Selalu Kelaparan Tengah Malam


Nasi lemak hunter pasti suka!

Ini 5 Gerai Nasi Lemak Di Kuching Buat Anda Yang Selalu Kelaparan Tengah Malam. Nasi lemak sering diangkat sebagai makanan kebanggan rakyat Malaysia. Keenakan rasa nasi yang dimasak bersama santan boleh membangkitkan selera sesiapa saja.

Bila dipadankan dengan sambal yang pedas manis dan aneka lauk pauk, memang bertambah sedaplah jadinya.

Ini 5 Gerai Nasi Lemak Di Kuching Buat Anda Yang Selalu Kelaparan Tengah Malam

Nasi lemak bukanlah sekadar dijadikan juadah untuk sarapan pagi malah kini pada malam hari nasi lemak akan mendapat permintaan semula untuk penggemar makanan lewat malam.

Sungguhpun reputasi nasi lemak sebagai penyumbang kolesterol yang tinggi saban hari diwar-warkan, namun permintaannya semakin meningkat kerana kenikmatan rasa dan keenakannya membuatkan ia benar-benar berbaloi untuk dimakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi yang berada di sekitar Kuching, jangan lupa untuk cuba 5 port nasi lemak malam yang terlajak sedap di ini, rugi kalau tak cuba!

1. Nasi lemak ganja

Mari kita mulakan dengan the famous nasi lemak in Kuching iaitu Nasi Lemak Ganja. Pastinya ramai yang mengenali jenama nasi lemak ini. Sesuai dengan namanya, sekali anda cuba nasi lemak di sini pasti anda akan ketagih!

Antara lauk-lauk yang anda perlu cuba di sini adalah ayam rendang, kari kambing, sotong goreng crispy, ayam goreng berempah, sambal paru, daging kicap dan aneka lauk lain yang pasti akan buat anda rambang mata dan berselera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk menikmati nasi lemak ganja ini anda boleh ke beberapa cawangannya di sekitar Kuching misalnya di Kubah Ria, Jalan Satok dan Waterfront Kuching.

2. Nasi Lemak Pinang Bistro

Ini pula kedai nasi lemak yang tengah ‘trending’ sekarang. Mana tidaknya, gerai belum pun dibuka tetapi pembeli sudah pun beratur panjang demi merasai keenakan nasi lemak ini. Difahamkan kedai ini menawarkan 4 jenis sambal ‘padu’ antaranya sambal biasa, sambal paru, sambal kerang dan sambal sotong.

| Kampungmamakcom

Kedai ini dibuka setiap hari kecuali ahad dari jam 6 petang hingga 10 malam.

3. Nasi Lemak Bro Din, Maybank Tabuan

Beralih pula ke lokasi gerai nasi lemak Bro Din ini. Terletak di kaki lima Maybank Tabuan, gerai ini juga turut menjadi port pemburu nasi lemak malam. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai hidangan sampingan yang menyelerakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya anda ke sini, jangan lupa untuk cuba rendang daging dan sambal petai. Fuh, dengar pun dah terliur. Bukan itu sahaja, sambal nasi lemak di sini dikatakan sangat padu dengan pedasnya yang menyengat serta boleh menambah lagi selera anda.

Gerai ini dibuka pada jam 11 malam dan anda perlu datang lebih awal untuk beratur kerana nasi lemak ini sering diserbu pemburu nasi lemak malam.

4. Nasi Lemak Loading Bay, Wisma Saberkas

Siapa sangka disebalik bangunan Wisma Saberkas yang hampir usang ini, terdapat sebuah gerai nasi lemak yang menjadi buruan para nasi lemak hunter. Difahamkan kedai ini baru sahaja beroperasi baru0baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menariknya di sini, mereka menghidangkan dua jenis sambal kepada pelanggan iaitu sambal pedas dan sambal manis. Yang pasti, sambal pedas mereka kaw-kaw pedas dan menyengat. Bak kata orang Sarawak nang ngesit!

| Kampungmamakcom

Pilihan lauknya pun pelbagai dari sayur-sayuran sehingga ke lauk ayam kari, sotong goreng, udang goreng, udang galah dan banyak lagi.

Yang paling spesial di sini dikatakan sambal pedas dan ayam masak belacan mereka.

Sekiranya anda ingin merasai nasi lemak Loading Bay ini, jangan lupa singgah ke medan selera Wisma Saberkas. Gerai ini dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 11 atau 12 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

5. Nasi Lemak Antu Sungai Bedil

Fuh, siapa je tak kenal nasi lemak legend di Kuching ni. Nasi Lemak Antu ini cukup terkenal dalam kalangan para penggemar nasi lemak malam. Nasi lemak ini pula cukup ringkas. Hanya nasi lemak biasa yang dijual dengan harga RM 2 sebungkus.

Walaupun hanya nasi lemak biasa tetapi kombinasi sambalnya pekat dan padu serta nasinya yang berlemak menjadikan nasi lemak ini disukai ramai.

Untuk pencinta nasi lemak original bolehlah kunjungi nasi lemak Antu di Sungai Bedil ini. Selain nasi lemak mereka juga turut menjual mi goreng dengan harga RM 2 sebungkus. Gerai mereka ini mula dibuka pada jam 4 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Advertisement