Jom mulakan dengan langkah kecil dulu
Ini Adalah 5 Langkah Yang Anda Boleh Praktikan Untuk Mengamalkan Gaya Hidup Hijau. Kehidupan zaman sekarang ni memang menyumbang banyak pencemaran kepada alam sekitar. Ayuh kita kurangkan kesan buruk ni dengan amalkan 5 perkara mudah ini.

Ambil Nota Secara Elektronik
Kita sudah biasa menggunakan telefon bimbit dalam rutin harian kita, jadi apa salahnya jika kita manfaatkan telefon bimbit kita kan?
Bagi mereka yang sedang belajar di pengajian tahap tinggi seperti universiti, kebanyakkan universiti sudah bermula untuk menggunakan portal rasmi universiti bagi mengedarkan nota-nota daripada pensyarah ke pelajar. Ada yang juga menggunakan cloud software bagi menyenangkan pelajar untuk berkongsi nota-nota mereka kepada rakan sekelas. Kini, kebanyakan pejabat sudah manfaatkan penggunaan elektronik bagi melajukan proses kerja.

Salah satu cara untuk menjimatkan penggunaan kertas adalah menggunakan cloud wp-content/uploads. Ini memudahkan anda untuk berkongsi maklumat atau nota penting kepada rakan-rakan anda!
Anda boleh menjimatkan duit daripada membeli kertas yang keterlaluan serta mengurangkan jejak karbon! The world needs more trees, you know!

Mengamalkan Amalan Reusable Bag
Daripada menggunakan beg plastik yang disediakan oleh kedai, sebaliknya bawalah beg yang boleh digunakan semula. Penggunaan beg plastik sangat membazir dan jika digunakan secara keterlaluan, tidak mustahil beg plastik ini akan dibuang secara merata-rata.
Tahukah anda plastik mengambil masa seribu tahun untuk terurai? Mun kitak pake plastik ya kinek kakya buang kat tepi jalan, bukan esok lusak nya terurai, geng.
Betul, ada masa kita memerlukan plastik sebagai plastik sampah, tapi sekiranya anda perlu membeli belah di kedai, cuba gunakan beg yang boleh digunakan semula. Kebanyakan kedai runcit kini menyediakan beg kertas dan beg tote untuk pembelian anda. Beli lah dengan style, kawan saa!

Gunakan Botol Yang Boleh Digunakan Semula Daripada Membeli Botol Baru Pada Setiap Pembelian
Haa… Ada sebab mak kita dolok mala manas asal botol Tupperware terharga nya tertinggal rah kelas sekolah.
Terdapat pelbagai botol yang boleh diguna semula dijual di mana-mana kedai. Semua design cool! Jadi, gunakan semula botol-botol air yang anda boleh isi semula daripada membuang botol plastik baru setiap kali anda perlu menghilangkan dahaga anda.


Kurangkan Penggunaan Elektrik Di Rumah
Sekiranya anda tidak menggunakan peralatan atau anda tidak berada di dalam bilik, matikan lampu dan elektronik lain.
Anda boleh memudahkan cara pelaksanaan ini dengan menyambungkan barang elektronik anda kepada pelindung lonjakan dan flipkan suis apabila anda meninggalkan bilik. Haa… sekurang-kurangnya amalan ini boleh mengurangkan bil elektrik anda!

Mengamalkan Amalan Kitar Semula
Ingat sik zaman sekolah dolok cikgu mala jak ingatkan kita untuk mengitar semula? Atau iklan-iklan rah TV dolok pasal mengitar semula? Jadi, sekarang sudah waktunya untuk meletakkannya pada amalan.
Kadang-kadang kita akan melihat tiga buah tong sampah yang berlainan warna. Berikut adalah tong tersebut berserta dengan warna dan barang yang sepatutnya dibuang dalamnya. Jum, refresh sikit hehe.

- Tong Yang Berwarna Coklat
- Tong ini digunakan untuk pembuangan barang berkaca. Contohnya, kaca (tak kira berwarna atau tidak berwarna) botol minuman ringan, batang makanan, botol vitamin dan botol kosmetik.
- Bahan seperti kristal, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal, dan botol bahan toksik tidak termasuk dalam tong ini.
- Tong Yang Berwarna Biru
- Tong ini digunakan untuk pembuangan bahan kertas. Contohnya, semua kertas (tak kira berwarna atau tidak berwarna) seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalender, sampul surat, kad, dan kotak kadbod.
- Bahan seperti kertas tisu, kertas karbon, kertas aluminium/minyak, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor tidak termasuk dalam tong ini.
- Tong Yang Berwarna Oren
- Tong ini digunakan untuk pembuangan tin aluminium, tin keluli dan plastik. Semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan boleh dibuang di dalam tong ini.
- Plastik yang berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas cecair pencuci dan botol vitamin juga boleh dibuang di dalam tong ini.
- Bahan seperti bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan styrofoam tidak termasuk dalam tong ini.
Ini senarai tempat-tempat di Kuching yang anda boleh berkunjung untuk mengitar semula barang-barang anda (boleh juak kurangkan barang sik berguna gilak kat rumah kan? Hehe)
- Preserve Green Recycle
- Lot 4560, Block 225, 4 1/2 Miles, Jalan Datuk Stephen Yong, KNLD, 93250 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 082-377 912)
- Atas Sepakat Green Recycle
- No. 20, Lot 1299, Section 66, Jalan Perbadanan, Pending Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 082-337 023)
- The Recycling Company Ltd.
- Sublot 15, Jalan Batu Kitang, Yan Kwan Industrial Estate, 93250 Kuching, Sarawak
(No. Telefon) 016-894 1522
- Sublot 15, Jalan Batu Kitang, Yan Kwan Industrial Estate, 93250 Kuching, Sarawak
- Dinkargo Recycle Sdn. Bhd.
- Jln Demak Indah, Sejingkat, 93050 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 016-889 8257)
- Golden Jumbo Sdn. Bhd.
- 1078, Jalan Pending, Tanah Putih, 93450 Kuching, Sarawak (No. Telefon: 082-751 870)
- Green Earth
- Lot 2501, Block 226, 5th Mile, Jalan Kong Ping, 93350 Kuching, Sarawak
(No. Telefon: 016-871 1192)
- Lot 2501, Block 226, 5th Mile, Jalan Kong Ping, 93350 Kuching, Sarawak
- Triple-C Recycle Sdn. Bhd.
- S/L 6, Lot 1625, Jalan Kuap & Batu 10, Light Industrial Park, 93250 Kuching, Sarawak
(No. Telefon: 082-617 179)
- S/L 6, Lot 1625, Jalan Kuap & Batu 10, Light Industrial Park, 93250 Kuching, Sarawak
- Compost Centre DBKU Sejingkat
- 1022, Jalan Bako, Demak Laut, 93050 Kuching, Sarawak
Masa Untuk Mengubah Gaya Hidup Kepada Gaya Hidup Yang Hijau
Begini kalau diolah semula:
Baru-baru ini, Malaysia telah menghantar semula 150 bekas sisa plastik ke negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan Kanada. Ini bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak mahu menjadi tempat pembuangan sampah bagi dunia.
Justeru, marilah kita sebagai rakyat Malaysia bantu mewujudkan Malaysia yang lebih hijau. Kita boleh mulakan dengan mengamalkan tabiat yang dapat kurangkan jejak karbon, bermula dari diri kita sendiri. Setiap perbuatan walau kecil, jika dilakukan secara konsisten, mampu memberi impak besar kepada alam sekitar.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit, tapi dimanakah anda berdiri dari peribahasa ini?

Baca lagi artikel menarik:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
