Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Ini Adalah 8 Port Syurga Makanan Laut Buat Pencinta Seafood Sekitar Kuching


Tiba-tiba ngidam makanan laut?

Ini Adalah 8 Port Syurga Makanan Laut Buat Pencinta Seafood Sekitar Kuching. Antara jenis makanan yang terkenal di Kuching adalah makanan laut. Di Kuching, terdapat beberapa kedai makanan laut yang menawarkan pelbagai jenis hidangan laut dengan harga yang berpatutan, terutama buat pelancong dari Semenanjung Malaysia yang menganggap harga makanan laut di sini lebih murah berbanding di Semenanjung.

Ini Adalah 8 Port Syurga Makanan Laut Buat Pencinta Seafood Sekitar Kuching. Kredit: Giphy

Topspot Seafood Centre

Topspot adalah antara tempat yang paling popular di Kuching, all thanks to lokasinya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching.

Terletak di tingkat atas sekali UTC Kuching, konsep Topspot adalah seperti food court, dimana terdapat banyak gerai dan juga meja disusun di satu kawasan yang besar. Anda boleh menikmati makanan anda di salah satu restoran pilihan anda di sini. Dicadangkan untuk menempah meja terlebih dahulu kerana tempat ini sentiasa penuh.

Telaga Air

Telaga air terkenal bagi mereka yang gemar makan seafood untuk makan tengah hari. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan di sini. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Telaga Air untuk makan tengah hari, pastikan anda tiba di Telaga Air sebelum pukul 11 pagi, jika tidak kebanyakan gerai di Food Court mereka akan sold out.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kampung Buntal

Terletak di antara bandaraya Kuching dan Santubong dan mengambil masa 30 minit untuk datang ke sini, Kampung Buntal mempunyai beberapa restoran makanan laut yang terkenal seperti:

Lim Hock Ann Seafood

Pelayan di restoran ini akan mencadangkan makanan yang terbaik disebalik menggunakan menu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buntal 88 Seafood Centre

Sekiranya anda datang ke sini, anda dicadangkan untuk membawa penghalau serangga sendiri kerana restoran ini dikatakan banyak nyamuk di sekitarnya. Walau bagaimanapun, makanan laut yang dihidangkan akan memuaskan anda.

Ah Soh Buntal Seafood

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain makanan laut dan sayur segar yang dihidangkan, mereka juga menghidangkan makanan unik seperti fried durian flowers!

Asam Pedas Hauz, Metrocity

Satu keunikan tentang restoran ini adalah makanan laut akan dihidangkan atas meja tanpa pinggan (sebaliknya, di atas kertas/plastik) jadi anda akan perlu makan menggunakan tangan tanpa penggunaan utensil seperti sudu garfu. It will get messy tetapi anda akan menikmati makanan laut sehingga menjilat jari!

Hana Cafe Shellout

Konsep yang hampir sama dengan Shell Hauz, makanan akan dihidangkan atas kertas/plastik disebalik menggunakan pinggan jadi anda akan perlu makan menggunakan tangan anda. Dikatakan antara ‘shellout’ terbaik di Kuching, restoran ini harus jadi salah satu kunjungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kredit Facebook Hana Cafe Shellout

Muara Tebas Seafood

Perjalanan ke Muara Tebas mengambil masa sekitar 30 minit – 45 minit. Perjalanan yang agak jauh tetapi anda akan rasa diganjarakan dengan menikmati pemandangan yang indah sambil anda bersantai makan makanan laut anda di sini.

Seafood heaven!

Dimana lagi port makanan laut anda suka kunjung? Cuba kongsi kat ruang komen dan jangan lupa share artikel ini!

Kredit: Giphy

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Mamak News

0 Rang Undang-undang Kawalan Produk R Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Mer...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications