Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu


Macam-macam perkara tak boleh buat

Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu. Kehidupan seorang wanita yang sedang mengandung sudah tentu sedikit berubah daripada kehidupan pada hari biasa. Kalau sudah berbadan dua, pastinya banyak perkara yang perlu dijaga bagi memastikan kandungan sentiasa sihat.

Seperti juga masyarakat Melayu, masyarakat Iban di Sarawak juga mempunyai pantang larang nya yang tersendiri terhadap ibu mengandung. Walau pun ada di antaranya yang sudah tidak diamalkan lagi pada zaman kini, namun ia nya adalah sesuatu yang normal pada zaman dahulu.

Malah, harus dipatuhi bagi mengelakkan malapetaka pada ibu mengandung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan catatan paderi England, Reverend William Howell

Pantang larang yang kami kongsikan ini adalah berdasarkan catatan rekod seorang paderi yang bernama Reverend William Howell. Beliau merupakan seorang paderi berdarah Eurasia yang berasal dari Kuching dan kembali ke bumi kenyalang setelah tamat pengajian di Canterbury, England.

Sepanjang hayatnya di sini, beliau telah menjalankan aktiviti dakwah di kawasan Batang Lupar dan merekodkan amalan pantang larang wanita Iban pada zaman dahulu. Pantang larang ini kemudian diterbitkan melalui sebuah artikel dalam akhbar Sarawak Gazette pada 16 Mac 1910, ( rujuk 2 gambar di bawah ).

*anda boleh muat turun rujukan Sarawak Gazette melalui Pustaka Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu
Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu
Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu
Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu

Mungkin ada di antaranya yang kedengaran seperti tidak masuk akal, tapi hakikatnya ia pernah diamalkan.

1. Suami isteri dilarang memotong tumbuhan menjalar yang di atas air atau jalan.

Sebab : Dipercayai akan mengakibatkan pendarahan selepas ibu melahirkan anak.

Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu
Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu

2. Dilarang menebat sungai, menganyam rotan, membuat bubu dan memaku kayu.

Sebab : Kesusahan untuk ibu melahirkan anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu

3. Dilarang menuang minyak.

Sebab : Anak akan menderita radang di telinga.

4. Suami isteri dilarang membaiki hulu parang.

Sebab : Anak akan lahir cacat pendengaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

5. Suami isteri dilarang memecahkan telur.

Sebab : Anak akan menjadi buta.

6. Dilarang menanam pokok pisang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebab : Anak akan menjadi buta.

Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu

7. Suami isteri dilarang membakar kayu pokok ara untuk memanaskan diri.

Sebab : Anak akan mengalami kecacatan tubuh badan atau hidung berdarah.

8. Dilarang membunuh sebarang haiwan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebab : Rambut anak tidak akan tumbuh.

9. Dilarang mengikis tempurung kelapa hingga licin.

Sebab : Dikhuatiri rambut anak yang dilahirkan tidak akan tumbuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

10. Dilarang membawa penyu air tawar ke dalam bilik.

Sebab : Dikhuatiri anak dalam kandungan tidak akan lahir.

Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu

11. Ibu mengandung dilarang makan di dalam kelambu.

Sebab : Dikhuatiri anak akan meninggal semasa dilahirkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

12. Jika seseorang wanita pergi ke sesuatu tempat, mestilah pulang menggunakan jalan yang sama.

Sebab : Supaya anak tidak akan tahu bagaimana mereka dilahirkan.

13. Dilarang mewarnakan sesuatu menjadi warna hitam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebab : Anak akan menjadi gelap.

Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu

14. Ibu mengandung dilarang membawa sebarang batu.

Sebab : Anak akan menjadi kurang upaya.

15. Dilarang membuang batu ke dalam air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebab : Dibimbangi anak tidak dapat dilahirkan dan ibu mengandung akan turut meninggal.

16. Dilarang membentuk sebarang kayu menjadi bulat.

Sebab : Bimbang kehidupan anak selepas dilahirkan tidak sejahtera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebenarnya, terdapat lebih dari 16 pantang jika dirujuk pada Sarawak Gazette, tapi 16 pantang yang disenaraikan ini disertakan dengan sebab yang jelas menurut rujukan tersebut.

Secara keseluruhannya, kehidupan ibu mengandung sentiasa dimomokkan dengan ketakutan dan kerisauan bahawa mereka akan diganggu oleh roh jahat. Malah, bagi memuaskan hati roh tersebut, sesetengah haiwan seperti ayam akan dijadikan korban sekiranya seseorang wanita mengalami mimpi buruk atau kemalangan kecil.

Walau pun begitu, kadang kala pantang larang ini tidak bermaksud apa-apa tetapi sebenarnya lebih kepada peringatan secara halus agar seseorang wanita mengandung lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar bagi memastikan anak yang dikandung sihat dan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setuju tak? Pernah kah anda mendengar pantang larang lain yang berkaitan dengan ibu mengandung? Atau anda masih percaya pada sesetengah pantang larang? Kongsikan cerita anda di ruangan komen.

Baca juga adat perkahwinan untuk cinta terlarang dalam masyarakat Iban:

Ini pula maksud di sebalik upacara ‘Miring’ semasa sambutan Gawai Dayak:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications