Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ini Baru Betul! Petua Mudah Bersalin Sebenar Yang Diajar Oleh Doktor Pakar O&G


Sebelum wujudnya media sosial lagi, telah banyak dikongsikan mengenai petua-petua untuk mudah bersalin di kalangan masyarakat.

Malangnya, sehingga hari ini, kebanyakan dari petua yang telah tersebar sekian lama tersebut adalah tidak betul dan hanyalah mitos semata-mata tanpa berpandukan sains perubatan sebenar.

Menyedari hakikat ini, Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang Doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi menyedarkan orang ramai mengenai fahaman salah yang dibawa oleh golongan ‘palatau’ dan ‘makcik bawang’ selama ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Petua Mudah Bersalin

PETUA MUDAH BERSALIN dari Dr Imelda

Mai nak habaq.

Dari data perubatan antarabangsa beratus-ribu ibu-ibu bersalin dari banyak negara, kita tahu, bahawa:

Advertisement. Scroll to continue reading.

1) Untuk ibu hamil yang bersalin buat kali pertama, secara purata, proses labour ialah 12 jam.

2) Untuk ibu hamil yang bersalin buat kali pertama, secara purata, 9.6% tidak akan mengalami apa-apa koyakan.

3) Untuk ibu hamil yang pernah bersalin secara normal, secara purata, proses labour ialah 7 jam. Ini ialah proses bersalin yang lebih laju dan lancar jika dibandingkan dengan bersalin buat kali pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

4) Untuk ibu hamil yang pernah bersalin secara normal, secara purata, 31 % tidak akan mengalami apa-apa koyakan. Ini ialah tiga kali ganda dapat bersalin tanpa koyakan jika dibandingkan dengan bersalin buat kali pertama.

Chek dah meluat dah tengok petua bersalin mengarut-ngarut dari makcik-makcik bawang yang dok buat macam-macam palatau.

Contoh statement makcik bawang A:

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masa saya bersalin anak sulong dulu, sangat lama, saya trauma kena gunting, tetapi untuk kehamilan kedua, saya masuk kursus doula dan berjaya bersalin dengan mudah tanpa koyak.”

Contoh statement makcik bawang B:

“Kali ini saya minum minyak kelapa dara dan saya bersalin dengan mudah tak koyak pun. Maka minumlah minyak kelapa dara.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Contoh statement makcik bawang C:

“Rahsia bersalin dengan senang ialah minumlah Jus Ajaib XXX. Memang ada beza bersalin anak kedua bila amalkan Jus Ajaib XXX, ia sangat berkesan.”

Contoh statement makcik bawang D:

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Untuk anak KELIMA saya makan laksa setiap hari selepas 7 bulan mengandung. Kali ini bersalin cepat dan tak koyak. Saya nak bagi petua makan laksa. Tapi janganlah makan laksa sebelum 7 bulan, takut nanti terbersalin awal.”

Hangpa semua bercakap macam hangpa tak tau kaaa memanglah bersalin untuk kali kedua, kali ketiga, kali keempat, kali kelima itu selalunya lebih mudah dan kurang koyakan atau tiada koyakan jika dibandingkan dengan bersalin untuk kali pertama.

Tak payah pi kursus doula pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tak payah telan minyak kelapa dara pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang.

Tak payah telan Jus XXX pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih cepat.

Makan laksa kaa, makan durian kaaa, makan nasi kaa, makan mee goreng kaaa, makan vitamin XYX kaaa, makan pizza kaaa, makan telur mentah kaa, makan Milo campur marjerin kaaa, makan nasi lemak ayam berempah kaaa, makan kurma kaaa, makan daging salai kaaa, minum air cincau kaaa…..hangpa makan laa apa hangpa nak makan, memang pun kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang, lebih cepat dan kurang koyakan atau tiada koyakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, toksah laa buat palatau naaa. Tolong beri kredit kepada ibu yang bersalin, bukan kepada produk yang anda jual dan bukan kepada makanan.

Sebenarnya, petua mudah bersalin ialah, PERNAH BERSALIN SECARA NORMAL. Kalau dulu rasa trauma bersalin, kebanyakan ibu akan rasa bersalin kali kedua tidak trauma macam kali pertama, walaupun tak buat pun apa-apa yang berlainan.

Inilah statement dari ibu-ibu yang cerdik dan ada ilmu pengetahuan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Untuk anak ketiga, saya berjaya bersalin lebih cepat dan lancar tanpa koyak pun, sebab saya dah pernah bersalin dua kali.”

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda dan makcik bawang semua berhentilah buat palatau.

Sekian, terima kasih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Imelda Balchin
Pakar Obstetrics & Gynaecology

p/s: Mohon netizen berhenti meminta pendapat perubatan boleh bersalin normal kaa Caesar kaa di media sosial. Sila jumpa doktor anda sendiri untuk semua consultancy perubatan. Kalau tanya di sini juga saya terpaksa delete supaya makcik bawang tak datang jawab. Saya hanya boleh beri nasihat kepada patients yang saya sendiri buat penilaian kesihatan ibu dan anak. Terima kasih.

BACA: Trend Peningkatan Kelahiran Dari September Hingga November, Wad Bersalin Kini Penuh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Imelda Balchin

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Sukan

3s SHAH ALAM – Seperti dijangka, skuad badminton lelaki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Brunei 5-0 bagi meraih kemenangan pertama pada Kejohanan...

Sukan

3s LONDON – Arsenal terus mencabar kelomp teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan bergaya 6-0 ke atas West Ham di Stadium London...

Advertisement