Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Ini Kisah Blake, Anjing Pengesan Yang Cekap & Tangkas Di Medan Bencana


Ini Kisah Blake, Anjing Pengesan Yang Cekap & Tangkas Di Medan Bencana

Hari ini, rakyat Malaysia menerima perkhabaran sedih mengenai anjing pengesan K9 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Blake yang terpaksa ditidurkan selepas dikesan menghidapi barah.

Blake, yang terkenal dalam kalangan masyarakat kerana menjadi hero dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bencana itu didiagnosis menghidap barah lymphoma tahap empat pada 15 Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun baru sebulan, namun barah tersebut dikatakan semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan yang paling ditakutkan terjadi, ia semakin membesar.

Keadaan Blake yang tidak bermaya itu dikatakan tiada harapan untuk pulih kerana kesihatannya merosot secara mendadak dan bagi memastikan ia tidak menderita, salah satu cara yang perlu dilakukan adalah untuk menidurkannya.

Atau dalam laras bahasa lebih mudah lagi..Blake kini sudah tiada!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai Blake
Kredit: BERNAMA

Blake, merupakan anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017.

Januari lepas Blake antara empat anjing pengesan K9 JBPM yang dikurniakan pingat ‘Golden Performance’ sebagai penghargaan dan jasa bakti yang dicurahkan semasa membantu pasukan SAR mencari dan menemukan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah insiden Batang Kali yang mengorbankan 31 nyawa.

Kredit: @oranggasar/Tiktok
Sumbangan Blake

Apabila operasi SAR dilaksanakan di seluruh negara, Blake sering menyertai misi tersebut dan telah menyumbang kejayaan terhadap JBPM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara sumbangan Blake adalah mengesan mangsa lemas di Tol Baru 13, Lorong 16, Kampung Kenangan Selangor, operasi SAR kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan misi SAR mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

BACA: Leo & Reed, Antara Wira Tak Didendang Terlibat Operasi SAR Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali

Blake, wira tidak didendang Batang Kali

Advertisement. Scroll to continue reading.

Populariti Blake mula melonjak naik selepas mempamerkan ketangkasan ketika tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di Jalan Genting-Batang Kali pada 16 Disember 2022.

Anjing unit pengesan K9 itu telah mencuri perhatian orang ramai selepas mereka kagum melihat kecekapan dan ketangkasannya dalam operasi berkenaan.

Kredit: BERNAMA

Bencana yang menimpa telah mengejutkan negara dan merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak bertanggungjawab menjalankan operasi SAR yang turut disertai oleh pendamping pasukan SAR iaitu anjing pengesan K9 termasuk Blake dan misi tersebut telah dijalankan selama berminggu-minggu untuk mencari mayat mangsa tragedi itu.

Blake, yang mempunyai deria bau yang tajam telah membantu pasukan penyelamat di medan pencarian dalam apa jua keadaan, sama ada berlumpur bela, lecak atau hujan.

Operasi SAR yang dijalankan dari pagi hingga petang itu membuatkan anjing pengesan terutamanya Blake tumbang selepas mengalami kepenatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: BERNAMA

Blake dikatakan kecundang selepas bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamatkan mangsa insiden tanah runtuh tersebut.

Kemudiannya, Blake telah direhatkan sementara selepas bekerja lebih masa selama dua hari berturut-turut. Ketika operasi kritikal tanah runtuh dilaksanakan, Blake dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan selain daripada keletihan.

Kredit: BERNAMA

Seperti yang dikatakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khidmat bakti yang telah disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang.

Selamat jalan Blake.

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli, KPKT Malaysia/Facebook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications