Hi, what are you looking for?

Mamak News

Ini Tips Semai Biji Betik Agar Tumbuh Subur & Berbuah Lebat


Ini Tips Semai Biji Betik Agar Tumbuh Subur & Berbuah Lebat

Malaysia sememangnya terkenal dengan panggilan “Syurga Makanan”. Bukan sahaja itu, negara berbilang kaum ini juga kaya dengan buahan-buahan tempatan.

Antara buah-buahan tempatan termasuklah buah tembikai, nanas, jambu batu, jambu air, rambutan, mangga, cempedak, nangka, durian, manggis, ciku dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buah betik juga sebenarnya tergolong dalam kategori buah-buahan tempatan. Sebut sahaja tentang buah ini, pasti anda membayangkan isinya yang cukup manis, lembut, wangi dan berwarna oren.

Tidak dinafikan, buah betik sememangnya manis dan kaya dengan sumber vitamin. Selain itu, buah betik boleh dijadikan jus untuk menghilangkan dahaga. Rasanya yang manis pastinya membuatkan sesiapa sahaja mudah menerimanya.

Di samping itu, buah betik juga boleh dimasukkan dalam menu masakan seperti ulam-ulaman, kerabu somtam, asam rebus, sardin masak lemak betik, dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Jana Pendapatan Lepas Bersara, Lelaki Kongsi Tips Tanam Petai Hingga Dapat Hasil Lumayan

Bagi penggemar jeruk, buah ini juga boleh dijadikan sebagai jeruk. Menarik bukan?

Jadi tidak hairan mengapa buah ini digemari oleh orang ramai terutamanya masyarakat di kampung. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui cara untuk menyemai benih pokok ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahan lagi, sesetengah pokok ini tumbuh meliar di ceruk-ceruk hutan di tepi jalan. Ia secara tidak langsung membuatkan orang ramai kurang mendapat pendedahan mengenai cara menyemai biji betik.

Sehubungan itu, pihak SK hari ini akan berkongsikan tips untuk menanam pokok betik menerusi perkongsian Che Su dan Zul Agro Tani. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat.

Tips Pilih Biji Betik Untuk Tanam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tips semai Biji BetikGambar: Facebook Che Su

Tips untuk menanam betik

Carilah biji betik yang warnanya betul-betul hitam kerana ianya merupakan benih betik betina. Jika disemai dan dibaja dengan elok, insyallah akan menghasilkan buah

Jangan semai biji betik yang warna kelabu kerana ianya adalah benih betik jantan. Jika ditanam, hanya mengeluarkan bunga sahaja dan tak berbuah langsung @ tiada hasil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Zul Agro Tani turut berkongsi langkah untuk menyemai biji buah berkenaan, ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Tips Semai Biji Betik

Cara paling mudah nak semai betik adalah dengan mengambil biji betik dari buah yang kita beli kat pasar, belah secara memanjang dan kutip bijinya, pastikan anda tahu jenis buah betik yang anda beli nanti tak tahu pulak jenis buah betik tu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas kutip biji betik tu bersihkan dengan air paip, dan semai terus ke dalam polibeg, boleh guna polibeg yang saiz besar sikit dan semai 3-4 pokok dalam satu polibeg yang dah berisi tanah ye. Siram setiap hari 2x sehari pagi dan petang.

BACA JUGA: Mudah Je, Abang Ni Ajar Cara Nak Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu

Selepas sebulan, anak pokok betik akan mula bercambah dan meninggi, pilih anak pokok yang paling besar dan patahkan anak pokok yang kurang segar. Tinggalkan hanya satu anak pokok dalam satu polibeg. Teruskan siram pokok 2x sehari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bulan kedua, pindahkan anak pokok betik yang sudah besar ke atas tanah dimana kita nak tanam. Kalau nak tanam lebih dari 1 pokok, jarakkan pokok betik 2-3 meter. Teruskan siraman dan mulakan pembajaan supaya pokok menghasilkan buah yang lebat dan sedap.

Bulan kedua, pindahkan anak pokok betik yang sudah besar ke atas tanah dimana kita nak tanam. Kalau nak tanam lebih dari 1 pokok, jarakkan pokok betik 2-3 meter. Teruskan siraman dan mulakan pembajaan supaya pokok menghasilkan buah yang lebat dan sedap.

*Tips ekstra* Pokok betik paling lebat buahnya pada umur 10 bulan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kutip buah betik ketika mula menguning dan jangan biarkan di pokok, nanti burung yang makan sebab burung suka betik yg dah masak.

Sekian dari saya, harap perkongsian ni dapat manfaatkan semua orang

Sumber: Facebook Che Su, Facebook Zul Agro Tani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications