Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Ini Yang Jadi, Bila Sisa Masakan, Minyak, Lemak & Gris Dibuang Terus Dalam Sinki


minyak buang sinki

Ini Yang Jadi, Bila Sisa Masakan, Minyak, Lemak & Gris Dibuang Terus Dalam Sinki

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah cara yang paling selamat dan efisyen untuk membasuh peralatan masakan seperti kuali dan periuk di dapur.

Selepas memasak juadah untuk isi rumah, sudah semestinya kuali dan periuk yang digunakan mengandungi kesan minyak yang degil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai seorang yang pembersih, kita memang rasa tidak senang duduk apabila perkakasan dapur masih ada kesan minyak walaupun sudah dibasuh berkali-kali.

Apabila berhadapan dengan situasi ini, kita cenderung untuk menggunakan lebih banyak air dan sabun untuk menyental minyak sehingga kita berpuas hati dengan hasil cucian.

Namun begitu, tahukah anda bahawa cara cucian tersebut tidak efisyen kerana menggunakan air dan sabun dalam kuantiti yang banyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang terjadi bila buang terus sisa minyak dalam sinki?

Menurut perkongsian Indah Water Konsortium (@iwk_official), cara cucian konvesional menyumbang kepada masalah sinki dan longkang tersumbat.

Dalam satu video di TikTok, Indah Water telah membuat pembandingan antara kaedah cucian konvesional dan cucian lestari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara umumnya, kaedah cucian konvesional adalah apa yang dipraktikkan oleh kebanyakkan rakyat di Malaysia iaitu, mencuci kuali di sinki dengan minyaknya sekali.

Kuantiti minyak yang banyak menyebabkan kita memerlukan lebih banyak air dan sabun untuk membersihkannya sehingga tiada kesan minyak.

Selain tidak efisyen, lebihan minyak ketika memasak juga mengalir terus di dalam sinki menuju ke pusat pembentungan. Ia berpontensi membuat saliran berkenaan tersumbat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berbeza pula dengan kaedah cucian lestari, kaedah ini sudah semestinya lebih baik daripada pelbagai aspek.

Dalam kaedah ini, kita perlu mengelap lebihan minyak dengan menggunakan tisu atau agen pengeras minyak yang boleh didapati di mana-mana kedai serbaguna.

Ia dapat mengelakkan minyak memasuki saluran pembentungan hingga mendatangkan masalah kepada pengguna. Menariknya, proses cucian juga menjadi lebih mudah cepat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kaedah cucian lestari sangat menjimatkan penggunaan air dan sabun serta mengurangkan lebihan minyak yang masuk ke dalam sinki dan seterusnya ke saliran.

@iwk_official

Macam mana korang basuh kuali/periuk yang berminyak? Boleh pakai teknik ni untuk jaga alam sekitar 🌷 #fyp #cucianlestari #erabaharuair #newlifeforwater

♬ Every Second – Mina Okabe

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa kita perlu mengurangkan kadar kemasukan lemak, minyak dan gris ke dalam lubang sinki rumah kita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada video seterusnya, Indah Water Konsortium menunjukkan mengapa anda perlu lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa masakan.

Pekerja Indah Water telah membuka salah satu penutup saluran pembentungan dan menunjukkan keadaan yang mengejutkan.

@iwk_official

Replying to @Forsyo berketul-ketul lemak & minyak beku dalam tu. Ni yang jadi bila sisa makanan dibuang terus dalam sinki, masuk dalam sistem kumbahan. Lama-lama boleh tersumbat. #fyp #erabaharuair #newlifeforwater #trendin #ohnonononoo

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Indah Water Konsortium – Indah Water Konsortium

“Berketul-ketul lemak dalam minyak beku dalam tu. Ni yang jadi bila sisa makanan dibuang terus dalam sinki, masuk dalam sistem kumbahan. Lama-lama boleh tersumbat.”

Jadi, sebagai seorang pengguna yang berhemah, bijak dan mencintai alam,  marilah kita memilih kaedah cucian lestari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: KPM Larang Unsur Ekstremisme, Keganasan Dalam Program Minggu Solidariti Palestin

Sumber: Indah Water Konsortium via TikTok 

The post Ini Yang Jadi, Bila Sisa Masakan, Minyak, Lemak & Gris Dibuang Terus Dalam Sinki appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement