Hi, what are you looking for?

Bisnes

Inisiatif Chocodap’s bantu orang ramai


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Ketika hadir lambakan pelbagai produk berasaskan coklat dari luar negara, kehadiran jenama tempatan, Chocodap’s mencuri tumpuan tersendiri.

Suka duka pasangan usahawan Mohamad Farhan Zainuddin dan isteri, May Sarah Nadiah Meor Mohamad akhirnya membuahkan hasil selepas enam tahun berjuang membawa jenama coklat sejak 2015 sebelum meraih kejayaan pada hari ini.

Malah, atas dasar mahu berkongsi rezeki, mereka menawarkan ganjaran istimewa bernilai RM100,000 untuk dimenangi ejen, pengedar dan pelanggan menerusi kempen Grand Rewards Chocodap’s.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BELI CHOCODAP’S DI SINI: https://shp.ee/4n9aqt5

“Saya dan suami bukan dilahirkan dalam keluarga senang. Kami bermula dari sifar. Tanpa dibantu sesiapa, semua urusan perniagaan dilakukan di pangsapuri kos rendah yang disewa waktu itu.

“Perjalanan kami bukan semudah itu. Berdepan pelbagai liku. Rezeki yang dikurniakan pada hari ini juga berkat doa kedua ibu-bapa. Alhamdulillah apabila dapat rezeki lebih, sudah tentu kami mahu senangkan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebab itu juga kami mahu kongsi rezeki ini dengan cara kempen itu dilaksanakan,” kata May Sarah Nadiah.

Menerusi kempen bermula bulan ini hingga Jun depan, nilai ganjaran ditawarkan itu merangkumi hadiah motosikal, telefon pintar, barang kemas dan wang tunai RM10,000.

“Kempen dan kongsi rezeki ini juga ibarat inisiatif penghargaan kepada ejen dan dropship serta pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Syaratnya, ejen, dropship dan pelanggan hanya perlu melakukan pembelian coklat keluaran kami terutama produk terbaharu iaitu ‘Milk Chocolate Mini Bites’.

“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan peluang pendaftaran dropship secara percuma. Untuk info lanjut, layari laman sesawang kami di www.chocodaps.com. Syarat dan terma boleh dirujuk di halaman berkenaan,” jelas Farhan.

Dalam pada itu, mereka menambah, kempen ini merupakan anjuran kali ketiga sejak penubuhan syarikat. Bezanya tempoh kempen kali ini dipendekkan ke enam bulan sahaja berbanding 12 bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jenama tempatan yang diiktiraf sebagai The Brandlaureate The World’s First Halal BestBrand E-Branding Award 2020 ini berasal daripada gabungan ‘chocolate’ dan ‘sedap’ dan legasinya bermula sejak 2015.

BELI CHOCODAP’S DI SINI: https://shp.ee/4n9aqt5

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Presiden China, Xi Jinping enggan menerima vaksin dari negara Barat walaupun berdepan cabaran besar penularan wabak Covid-19...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pengendali Perancis, Didier Deschamps harus tampil dengan idea lebih segar dan tidak boleh terlalu bergantung kepada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memperuntukkan dana tambahan lebih RM2 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran bagi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Dituduh Hasut Keganasan, Akaun Kanye West Digantung Gara-gara didakwa menghasut keganasan, pemilik Elon Musk menggantung akaun Kanye West...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications