Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

‘Insentif’ menanti gandingan juara dunia


KUALA LUMPUR – Kejayaan gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi menjuarai Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 di Gold Coast, Australia semalam mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan, KBS sedia mempertimbkangkan ‘insentif’ kepada Ain Nabilah dan Aleena atas kejayaan mereka mengharumkan nama Malaysia sebagai juara dunia bagi acara pairs wanita.

“Kita kena bincang dengan MSN (Majlis Sukan Negara) kerana hasrat untuk atlet-atlet ini yang mempamerkan aksi cemerlang sudah tentu ada insentif untuk menghargai pengorbanan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pada masa sama, kita juga akan lihat sokongan boleh diberikan kepada mereka supaya terus maju dan konsisten,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perlawanan Persahabatan Malaysia dan Korea Selatan Untuk Meraikan Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Melalui Sukan di Bukit Kiara hari ini.

Ain Nabilah, 25, dan Aleena, 24, cemerlang menewaskan pasangan Malta, Rebecca Rixon-Connie Leigh Rixo 15-11 pada final kelmarin, sekali gus menamatkan penantian 15 tahun Malaysia meraih pingat emas di pentas Kejohanan Dunia.

Kali terakhir Malaysia bergelar juara dunia di pentas Kejohanan Dunia adalah melalui kejayaan Safuan Said selepas menjuarai singles lelaki sewaktu edisi 2008 di Christchurch, New Zealand. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications