Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Insiden Sebenar Bahaya Buli Jalan Raya Pemandu Lori Mengancam Keselamatan Pemandu Lain


Ini merupakan kisah sebenar seorang individu di dalam perjalanan pulang, mengalami insiden menakutkan berhadapan dengan seorang pemandu lori yang melakukan tindakan buli jalan raya, yang telah menunjukkan sikap memandu yang amat berbahaya dan mengancam nyawa orang lain.

Seorang pengguna akaun Twitter, Simrath yang berada dalam perjalanan pulang telah berhadapan dengan situasi secara mendadak, seorang pemandu lori (Plat: VDC 8680; Trak Scania) yang memandu secara merbahaya di Lebuhraya Persekutuan menuju ke Subang.

Artikel berkaitan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dari kejauhan, pemandu trak tersebut nampak memandu dengan sembrono. Dalam video, pemandu lori tersebut memecut dan memotong dengan cara yang sangat berbahaya, hampir melanggar kereta individu tersebut.

Lori hanya terlepas daripada kereta tersebut dengan beberapa inci sahaja seperti yang dilihat dalam video dan pemandu kereta tersebut telah menekan hon kepada pemandu lori.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah pemandu lori memotong kereta, pemandu kereta cuba untuk memotong semula pemandu lori tersebut. Namun, semasa memotong, pemandu lori didapati telah sengaja memasuki lorongnya dan hampir melanggar dia sekali lagi. Individu tersebut terpaksa melakukan brek kecemasan kerana kejadian berlaku begitu cepat.

| Kampungmamakcom Screenshot 2023 05 27 at 113351 Am

Pemandu kereta terus menekan hon dan secara tiba-tiba, pemandu lori tersebut melakukan brek kecemasan tanpa sebarang sebab dan berhenti. Apabila pemandu kereta cuba menukar lorong, pemandu lori cuba melanggar dia tetapi individu tersebut hampir berjaya melepasi dia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak ada sebab bagi pemandu lori tersebut untuk menukar lorong seperti itu, tujuannya hanya untuk melanggar individu tersebut. Pemandu tersebut kemudian pergi ke lorong paling kiri, memecut, dan cuba melepasi pemandu lori.

| Kampungmamakcom Screenshot 2023 05 27 at 113435 Am

Lori tersebut hampir melanggar sebuah Myvi hitam ketika itu. Lori memotong dengan merbahaya hampir melanggar kereta lain. Pemandu lori itu hanya menunggu di situ dan kemudian bergerak setelah ramai pemandu lain mula menekan hon kepadanya.

Pemandu kereta tersebut telah membuat laporan kepada SPAD dan menghantar semua rekaman tersebut. Dia berharap lesen memandu pemandu lori tersebut dibatalkan dan dia digantung kerana memandu berbahaya seperti ini. Dia berharap pihak yang berkenaan dapat bertindak dan menyiasat lebih lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Terperangkap dalam kesesakan akibat kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan Sabtu lalu tidak membantutkan semangat kumpulan rock, Wings meneruskan sesi...

Sukan

0 PETALING JAYA – Kapten skuad Harimau Malaya, Matthew Davies mengakui aksi pasukan serba tidak menjadi selepas tewas 0-4 pada aksi pertama Kumpulan E...

Sukan

3s DOHA – Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui pasukannya dianggap gagal sekiranya tidak mampu memenangi Piala Asia kali ini kerana dibarisi ramai pemain...

Hiburan

3s LAMA berdiam diri, penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL berharap orang ramai menghormati keputusan dan kehidupan baharunya selepas bergelar isteri kepada...

Advertisement