Hi, what are you looking for?

Mamak News

Inspirasi Dan Keindahan Mesej Yang Dibawakan Oleh Morgan Freeman Dan Ghanim Al Muftah


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Seluruh dunia terpesona dengan acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 yang berjaya dianjurkan dengan penuh gilang-gemilang dan cukup meriah oleh tuan rumah Qatar baru-baru ini.

Alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran telah bergema di seluruh pelosok bumi sekali gus meruntun jiwa seluruh umat manusia yang sedang menyaksikan detik-detik bersejarah tersebut.

BACA: FIFA World Cup 2022: Usaha Murni Qatar Berdakwah Disambut Baik, Terima Banyak Pujian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah perbualan di antara bintang filem Hollywod, Morgan Freeman dan duta Piala Dunia FIFA 2022, Ghanim Al Muftah, seorang pemuda berumur 20 tahun yang menghidap Caudal Regression Syndrome (CDS).

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri turut membuat satu hantaran mengenainya yang membincangkan mengenai maksud sebenar serta keindahan mesej tentang toleransi dalam Islam yang ingin disampaikan oleh mereka berdua kepada seluruh penduduk dunia.

Jom sama-sama kita ikuti kupasan yang sangat menarik dan penuh inspirasi ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Morgan Freeman Ghanim Al Muftah

Saya tersentuh dengan acara pembukaan #FIFAWorldCup di Qatar yang menampilkan Ghanim Al Muftah dan Morgan Freeman yang berbual tentang toleransi sambil Ghanim Al Muftah membacakan Surah Al-Hujurat ayat Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”

Advertisement. Scroll to continue reading.

(Surah al-Hujurat: 13)

Dalam Bahasa Arab, terdapat istilah al-tasamuh (التسامح) dan al-samahah (السماحة) yang merujuk kepada toleransi. Ia berasa daripada al-samh (السمح) yang memberi makna memberi dan mengambil, tidak sahaja mengharapkan satu pihak memberi dan pihak lain menerima.

Al-Jurjani dalam al-Ta’rifat mendefinisikan toleransi sebagai menghindari sikap keras terhadap pihak yang berbeza walaupun dinilai salah. Muhammad ‘Imarah mendefinisikannya sebagai kedermawanan, memberi tanpa mengharap balas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daripada Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda,

مَثَلُ القَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالوَاقِعِ فِيهَا، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا، فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ، فَقَالُوا: لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا، فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا، وَنَجَوْا جَمِيعًا

“Perumpamaan orang yang mengingkari kemungkaran dan orang yang terjerumus dalam kemungkaran adalah bagaikan suatu kaum yang mengundi dalam sebuah kapal. Nantinya ada sebahagian berada di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah kapal tersebut.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mereka yang berada di bahagian bawah ketika ingin mengambil air, akan melewati orang-orang di atasnya. Mereka berkata, “Andainya kita membuat lubang saja sehingga tidak mengganggu orang yang berada di atas kita.”

“Seandainya yang berada di bahagian atas membiarkan orang-orang bawah menuruti kehendaknya, nescaya semuanya akan binasa.”

“Namun, jika orang bahagian atas melarang orang bahagian bawah berbuat demikian, nescaya mereka selamat dan selamat pula semua penumpang kapal itu.” (HR. Bukhari no. 2493).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perumpamaan hidup bermasyarakat adalah seperti dalam sebuah kapal. Kita perlu bekerjasama untuk memastikan kapal kita tidak tenggelam. Ada masanya perlu bertegas. Ada masanya boleh bertolak ansur. Tak semuanya bijak dalam membuat keputusan.

Justeru, serahkan kepada yang lebih arif. Apa jua tindakan sudah pasti untuk kepentingan ramai. Inilah satu sudut daripada toleransi dalam Islam.

Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MELAKA – Seorang bapa enam anak yang dibelasah enam lelaki warga Myanmar pada bulan lalu dilaporkan meninggal dunia...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. CASAMICCIOLA: Pasukan keselamatan Itali meneruskan operasi mencari dan menyelamat puluhan orang yang dilaporkan hilang di pulau Ischia selepas...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA SELANGOR – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersedia menggalas amanah dan tanggungjawab sekiranya...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Pasukan penyelidik di China menemukan virus baharu menyerupai Covid-19 dalam tubuh kelawar di selatan negara itu yang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications