Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Iran bebaskan lima rakyat AS yang dipenjara sebagai pertukaran


TEHERAN: Lima rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dipenjarakan di Iran dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan dengan republik itu.

Sebagai balasan pembebasan itu, AS akan menyahbeku aset Iran bernilai AS$6 bilion di Korea Selatan.

Rundingan tidak langsung pertukaran tahanan AS-Iran berjalan selama setahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lima yang dibebaskan oleh Iran termasuk Siamak Namazi, 51; ahli perniagaan, Emad Shargi, 59, dan ahli alam sekitar, Morad Tahbaz, 67, yang juga memegang kewarganegaraan Britain.

Sebelum ini, pentadbiran Biden didesak untuk membawa pulang banduan negara itu yang dilihat sebagai tebusan untuk digunakan oleh Iran.

Menerusi pertukaran ini, Iran mendapat akses kepada hampir AS$6 bilion dalam aset minyak yang sebelumnya dibekukan di Korea Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pentadbiran Biden bersetuju untuk membantu Iran mendapatkan akses kepada AS$6 bilion dalam aset minyak Iran yang telah dipegang dalam akaun terhad di Korea Selatan sebagai insentif bagi Tehran untuk menjalankan pertukaran itu.

CBS News melaporkan bahawa berbilion-bilion pendapatan minyak tersebut sedang dipindahkan melalui bank-bank Eropah dalam bentuk euro ke akaun terhad di Qatar setakat Ahad.

Tiada perjanjian rasmi punca syarikat penerbangan tamatkan operasi di LTAM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertukaran itu disifatkan sebagai rumit dan penuh kontroversi malah dikutuk oleh pemimpin republikan AS serta aktivis Iran yang mengatakan ia hanya akan menggalakkan lebih banyak pengambilan tebusan.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications