Hi, what are you looking for?

Mamak News

Iran Hidupkan Peluang Mara Ke Pusingan 16 Piala Dunia Selepas Dua Jaringan Minit-minit Akhir Benam Wales


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Iran Kekal Dalam Piala Dunia Setelah Menewaskan Wales 2-0

Iran menghidupkan peluang untuk layak ke pusingan 16 Piala Dunia dengan menjaringkan dua gol pada 11 minit terakhir masa kecederaan ketika menewaskan Wales 2-0 sebentar tadi.

Kelebihan hadir buat pasukan dari Asia itu selepas penjaga gol Wales, Wayne Hennessey dilayangkan kad merah pada minit ke-86 kerana mengasari Mehdi Taremi di luar kotak penalti. Aksi yang pada awalnya seimbang mula dikuasai Iran dan hasilnya, pasukan itu menjaringkan menerusi Rouzbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan kemenangan ini, Iran meraih 3 mata pertama mereka dan perlu meraih keputusan positif dalam perlawanan akhir Kumpulan B menentang Amerika Syarikat nanti sambil berharap pasukan itu ditewaskan England awal pagi nanti.

Pemenang dalam perlawanan antara Amerika Syarikat dan England sebentar lagi akan mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Wales pula berdepan tugas sukar untuk marah apabila perlu menewaskan England dalam perlawanan terakhir mereka sekiranya ingin meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun terganggu dengan krisis politik di negara sendiri, Iran bagaimanapun dilihat tidak terganggu dalam perlawanan kali ini selepas diaibkan England 6-2 dalam perlawanan pertama mereka.

Sumber: Espn

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications