Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Israel tuduh wartawan agensi media jadi tali barut Hamas


GAZA: Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi menuduh empat wartawan bebas berpangkalan di Gaza yang bekerja dengan saluran Barat mengetahui bahawa Hamas akan menyerang Israel.

Karhi memberitahu Reuters, AP, CNN dan New York Times (NYT) bahawa individu dalam organisasi mereka mempunyai pengetahuan awal tentang tindakan ngeri itu.

Hamas melancarkan serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang awam dan tentera Israel serta menculik sekitar 240 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Imej yang dikeluarkan oleh jurugambar termasuk kereta kebal Israel yang terbakar, penduduk Palestin melanggar pagar di kibbutz Kfar Aza dan beberapa adegan dari serangan itu .

“Serangan itu berlaku semasa jurugambar hadir, mendokumentasikan kengerian ini, dengan secara tidak langsung menjadi peserta dalam acara ngeri ini,” dakwa Karhi.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan cadangan yang dibuat oleh laman web pro-Israel, Honest Reporting bahawa kehadiran jurugambar mungkin sebahagian daripada rancangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anggota kabinet perang Israel, Benny Gantz berkata, jurufoto harus dianggap sebagai pengganas jika terbukti mereka tahu lebih awal tentang serangan 7 Oktober lalu.

“Wartawan yang didapati mengetahui tentang pembunuhan beramai-ramai dan yang masih memilih untuk berdiri sebagai penonton semasa kanak-kanak disembelih, tidak ada bezanya dengan pengganas dan harus dilayan sebegitu,” katanya di laman X.

Seorang ahli Parlimen Parti Likud yang memerintah, Danny Danon, berkata, wartawan itu akan dimasukkan ke dalam senarai individu yang disasar untuk dibunuh kerana penyertaan mereka dalam serangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media Israel melaporkan pembentukan unit khusus untuk mengesan dan membunuh anggota unit komando dalam sayap tentera Hamas.

Reuters, AP, CNN dan NYT bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Empat media tersebut mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak ada perjanjian terlebih dahulu dengan mana-mana wartawan untuk memberikan gambar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada kakitangan AP berada di sempadan pada masa serangan, begitu juga kakitangan AP tidak menyeberangi sempadan pada bila-bila masa.

“Apabila kami menerima foto daripada jurugambar bebas, kami mengambil langkah yang baik untuk mengesahkan ketulenan imej itu dan ia menunjukkan perkara yang didakwa,” kata kenyataan agensi itu.

Agensi itu turut menegaskan tidak lagi bekerjasama dengan salah seorang wartawan, Hassan Eslaiah, selepas gambarnya bersama pemimpin Hamas Gaza, Yahya Sinwar tular sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

CNN juga berkata pihaknya akan menggantung hubungannya dengan Hassan.

Rangkaian itu menambah bahawa ia tidak mempunyai pengetahuan awal tentang serangan itu.

NYT pula menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak benar dan keterlaluan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tuduhan tanpa sokongan fakta sedemikian membahayakan kakitangan bebas.

“Adalah melulu membuat dakwaan sedemikian, meletakkan wartawan kami di Israel dan Gaza dalam keadaan yang berisiko,” katanya dalam satu kenyataan.

“NYT membuat liputan secara meluas mengenai serangan 7 Oktober dan peperangan dengan adil, saksama dan pemahaman yang berterusan tentang kerumitan konflik,” kata NYT dalam satu kenyataan

Advertisement. Scroll to continue reading.

NYT turut mempertahankan seorang lagi wartawan, Yousef Massoud yang dikatakan tidak bekerja dengan akhbar itu pada hari kejadian tetapi melakukan kerja penting untuk akhbar berkenaan.

Reuters menafikan bahawa ia mempunyai pengetahuan awal mengenai serangan itu atau mempunyai wartawan yang menjadi tali barut Hamas.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) berkata, sekurang-kurangnya 39 wartawan dan kakitangan media terbunuh sejak perang bermula, termasuk 34 rakyat Palestin, empat warga Israel dan seorang warga Lubnan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Wartawan di Gaza berdepan risiko tinggi apabila mereka cuba membuat liputan mengenai konflik tetapi pada masa sama menghadapi serangan darat Israel ke atas Gaza City, serangan udara Israel yang memusnahkan, komunikasi yang terganggu dan gangguan bekalan elektrik yang meluas,” katanya.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications