Hi, what are you looking for?

Mamak News

Isteri hempuk cermin kereta suami kantoi curang guna topi keledar


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JAKARTA – Seorang wanita di Gorontalo, Indonesia yang berjaya ‘menangkap’ suaminya curang bersama perempuan lain bertindak memecahkan cermin hadapan kereta ketika kedua-dua mereka berada di dalam kenderaan tersebut, lapor laman berita Kompas semalam.

Kejadian  berlaku di Jalan Raden Saleh, Kota Gorontalo, Sulawesi apabila wanita yang sedang menunggang motosikal menyedari suami dan perempuan simpanannya sedang berdua-duaan di dalam kereta.

Terkejut melihat isterinya, lelaki itu cuba untuk melanggar  motosikal wanita itu namun tidak berjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berang kerana hampir dilanggar suami sendiri, wanita tersebut memberhentikan motosikal lalu memegang topi keledar sebelum menghempasnya ke atas cermin hadapan kereta.

Lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri bersama teman wanitanya dan membiarkan keretanya tersadai di jalan.

“Mungkin kerana dia sedang berjanji temu dengan wanita itu, sebab itu dia cuba melanggar saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya terus berhenti di lampu isyarat merah, turun dan memecahkan cermin kereta,” kata isteri yang dikenali sebagai SU.

SU dan suaminya masing-masing membuat laporan polis dengan lelaki itu mengatakan isterinya telah melakukan kesalahan vandalisme dengan memecahkan cermin keretanya. – Agensi


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MOSCOW – Saintis-saintis menyatakan bahawa perubahan iklim, aktiviti seismik dan fenomena dikenali sebagai Chandler Wobble menjadi punca rekod...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK – Seorang wanita disahkan dijangkiti virus  cacar monyet, menjadikannya  kes keempat wabak berkenaan di Thailand, lapor laman...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih boleh menjalankan tugas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications