Trend peningkatan jumlah kematian Covid-19 sejak akhir-akhir ini ternyata membimbangkan ramai pihak. Malah siapa sangka, kebahagiaan hidup dimiliki sepasang suami isteri bersama anak tunggal mereka ini lesap sekelip mata akibat diragut wabak tersebut.
Suami isteri ditidurkan pada hari yang sama, dan semalam suaminya dijemput Allah
3 hari lepas, mereka berdua telah ditidurkan pada hari yang sama. Namun semalam, si suami dikhabarkan telah pergi dijemput Ilahi. Berita sedih itu dikongsi oleh seorang rakan, yang dikenali sebagai Puan Shakinah menerusi laman Facebooknya. Justeru, dia turut bimbang reaksi penerimaan Rien Rieyana apabila mendapat tahu berita tersebut sekiranya tersedar nanti.


Hari ini dia pula menyusul suaminya, meninggalkan anak yang masih kecil, berumur 2 tahun
Walau bagaimanapun, selang sehari kemudian, Rien Rieyana pula dikhabarkan menghadap Ilahi sehari selepas pemergian suaminya. Secara tidak langsung, anak tunggal mereka yang berusia 2 tahun menjadi yatim piatu sekelip mata akibat virus yang kejam ini. Puan Shakinah malah sebak apabila terkenangkan keterujaan rakannya itu sewaktu hamil kerana sudah sekian lama menunggu rezeki cahaya mata.


“Doakan keajaiban, malam ini akan dimasukkan ke ICU”, posting terakhir arwah, dan sempat memohon maaf
Video terakhir yang sempat dikongsi arwah Rien Rieyana mengundang sebak orang ramai. Sebelum dimasukkan ke ICU, allahyarhamah berharap semua pihak dapat mendoakan serta memaafkan dirinya terlebih dahulu. Tidak cukup dengan itu, lagu latar posting tersebut turut meruntun jiwa ramai.
Netizen turut bersimpati, rakamkan takziah
Rata-rata netizen turut bersedih atas kisah ini, kebahagiaan anak yang baru berusia 2 tahun ini seolah-olah terhenti, tanpa mengerti apa-apa.
Sesungguhnya ia adalah milik Allah SWT dan kepada-Nya lah ia akan kembali.
Semoga Allahyarham Shamsari bin Chambari dan isteri, Allahyarhamah Nur Liyana Binti Mohd Hashim diterima setiap amal ibadah mereka di dunia dan diampuni segala dosa mereka. Semoga bagi keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian ini, salam takziah dari kami.
Al-Fatihah.
Sumber: FB/Shakinah Sf & TikTok/rienrieyana
