Hi, what are you looking for?

Mamak News

Istimewa, Pasangan Ijab Kabul Depan Kaabah


Istimewa, Pasangan Ijab Kabul Depan Kaabah

Siapa sahaja tidak mahu melakukan pernikahan yang ringkas? Lebih-lebih lagi apabila ia hanya dihadiri oleh orang yang terdekat seperti keluarga dan kenalan rapat.

Majlis tersebut pastinya menjadi lebih eksklusif dan suasananya juga ‘dipenuhi’ dengan ketenangan serta kemeriahan yang sederhana dalam menyambut pasangan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti yang tular di media sosial di Indonesia, sepasang suami isteri menyempurnakan sesi ijab kabul mereka di hadapan Kaabah yang merupakan tempat suci orang Islam.

Dalam perkongsian @alfiyudin di TikTok, detik indah itu dirakam ketika mereka berada di Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah umrah.

Biarpun ringkas, momen pernikahan berlatar belakangkan Kaabah itu sangat menyentuh hati dan dilihat berjalan dengan lancar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi video itu pasangan terbabit dilihat duduk berhadapan seorang kadi yang ditemani beberapa jemaah lain yang mengenakan pakaian serba putih.

Ketika kadi tersebut melafazkan kalimah sah, wanita terbabit gagal menahan emosi dan kemudiannya menangis sebelum mengangkat tangan untuk berdoa.

Mereka berdua bertukar cincin selepas menandatangani dokumen perkahwinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengan cara yang bersederhana, sesi pernikahan itu hanya disaksikan oleh kerabat keluarga terdekat yang turut menunaikan ibadah umrah bersamanya.

Dalam masa sama pasangan bak merpati dua sejoli itu hanya mengenakan busana yang ringkas, bersesuaian dengan tempat tersebut.

BACA: Pasangan Perlu Mandi Wajib Atau Tidak Selepas Proses IVF? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warganet cemburu pasangan ijab kabul depan Kaabah

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai susulan ia dilakukan secara sederhana dan di tempat suci.

Rata-rata ramai yang meluahkan rasa cemburu kerana pasangan itu dapat melakukan pernikahan dengan cara yang ringkas dan mudah seperti yang disarankan dalam Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warganet juga mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Menjengah di ruangan komentar, sesetengah mereka yang mengucapkan tahniah adalah warga Malaysia walaupun video tersebut tidak viral di negara ini.

“Nikah tanpa pelamin dan props yang mewah tetapi di depan Kaabah. Ini merupakan kebahagiaan di tahap yang lain,” kata Nura Lia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“My dream mas,” tambah Ash yang meluahkan impiannya untuk bernikah di Tanah Suci itu.

“Paling bermakna, suasana yang dapat dirasai oleh orang tertentu,” ujar Nana.

“Seronoknya dapat halalkan bakal isteri di depan Kaabah, semoga awak berbahagia hingga ke akhir hayat,” doa pemberi komen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@alfiyudin

Alhamdulillah, Sah #umroh #makkah #makkahmadinah🕋 #nikahdimekah

♬ original sound – Alif – Alif

Sumber: @alfiyudin/Tiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Hannah Yeoh Jumpa Zii Jia Minggu Depan KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications