Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Isu Hartanah, Pembangunan Berterusan KL Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini


isu hartanah dewan rakyat

Isu Hartanah, Pembangunan Berterusan KL Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Isu hartanah tidak terjual dan pembangunan berterusan di ibu negara menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat menerusi laman sesawang Parlimen, Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) bertanya mengenai usaha kerajaan mengatasi isu hartanah tidak terjual yang berpunca daripada ketidaksepadanan nilai hartanah dibina dengan kemampuan pemilikan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau mengajukan soalan itu kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada sesi soal jawab sebaik sidang Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.

Pada sesi sama, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) bertanyakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim usaha bagi menghadapi cabaran pembangunan berterusan di Kuala Lumpur yang boleh menyebabkan masalah trafik, isu alam sekitar bandar dan perumahan.

BACA JUGA: Rayuan Siti Bainun Terhadap Sabitan, Hukuman Ditangguh Ke 30 Januari 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) bertanyakan Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berhubung perancangan dalam menghadapi masalah kekurangan bekalan barangan asas seperti gula, telur ayam, minyak masak dan tepung gandum serta tindakan menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan berkenaan oleh pembekal dan peruncit.

Selain itu, Wong Shu Qi (PH-Kluang) meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia.

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Isu Hartanah, Pembangunan Berterusan KL Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications