PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan polis berhubung pendedahan dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk pembelian saham.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan mengesahkan perkara itu.
“Laporan polis itu telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan itu.
Semalam, beberapa Ahli Parlimen PKR hari ini membuat laporan polis terhadap Tan Sri Azam Baki susulan pengakuan bahawa akaun sekuritinya digunakan oleh adik beliau bagi membeli kepentingan dalam beberapa syarikat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai); Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya) dan Dr Mazlee Malik (Simpang Rengam) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 10.30 pagi.
Selain itu, satu lagi laporan turut dibuat oleh Pemuda Pakatan Harapan pada pukul 2.30 petang di IPD Dang Wangi.- UTUSAN ONLINE
Sumber: Utusan Malaysia
