Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Isu Minggu Solidariti Palestin, Jelutong dan Arau berbalas biadap


KUALA LUMPUR – Suasana di Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh selepas Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer saling berbalas panggilan ‘biadab’ terhadap satu sama lain.

Ia susulan tindakan Rayer menggesa Shahidan supaya tidak mengungkit perkara yang sudah diputuskan oleh Timbalan Yang Dipertua, semalam.

Shahidan membangkitkan hantaran di media sosial Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mengenai Minggu Solidariti Palestin (MSP) yang menyatakan sekolah bukan tempat untuk konflik dan pandangan ekstremis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita semua bersama-sama menyokong PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa Palestin menentang Israel.

“Jangan kita buat kerja-kerja yang telah dibuat 12 Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sampai hari ini tak minta maaf termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan,” kata Shahidan.

Justeru, Rayer berkata, perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan Timbalan Yang Dipertua sudah membuat petua mengenai isu berkenaan dan menyifatkan tindakan Shahidan sebagai biadap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, tiga Ahli Parlimen dan sembilan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Kementerian Pendidikan mengkaji semula keputusan anjuran MSP.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berpandangan bahawa program itu perlu dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur kebencian dan keganasan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Banyak kali berpeluang ke Mekah mengerjakan umrah, pelakon Puteri Sarah Liyana menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki Allah selain mengakui tanah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications