Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Tempatan

Isu MyUbat, “Wujud Pesakit Suka Cari Pasal, Tak Faham Situasi Farmasi, Kita Je Kena Faham Dia” – Jururawat


Semalam kecoh di media sosial isu berkaitan pesakit dilayan dengan biadap oleh ahli farmasi selepas beliau meminta agar ubatnya dihantar terus ke rumah dengan menggunakan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUbat) tidak dihiraukan.

BACA: Isu MyUbat Ekoran Kekeliruan Pelanggan, Pegawai

Sedar akan isu yang terjadi, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan hal sebenar yang berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas itu, kurang dari 24 jam kenyataan tersebut dikeluarkan, seorang jururawat memuatnaik satu hantaran di Facebook mendedahkan pengalamannya pula sebagai seorang jururawat berdepan dengan pesakit.

Difahamkan melalui kapsyen hantaran yang disertakan dengan beberapa keping gambar itu, jururawat wanita tersebut memberitahu bahawa realitinya memang akan ada pesakit bersikap mementingkan diri serta biadap terhadap pegawai-pegawai di hospital.

Tambahannya lagi, bukan dia saja yang berdepan dengan pesakit seperti itu, malah adiknya juga yang merupakan sebagai pegawai kesihatan turut pernah mendapat layanan teruk sehinggakan dia disimbah air oleh seorang pakcik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Percaya atau tidak, wujud pesakit yang memang suka cari pasal, yang tak pernah nak faham situasi farmasi, hanya kita saja kena faham dia.

Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang berkongsikan pengalaman yang dihadapi seperti pesakit tidak mahu mendengar hingga habis penjelasan yang diberi, malah dipotong ayat sambil marah.

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang merasakan jika benar pihak farmasi itu tidak bersalah, tiada apa yang perlu dirisaukan dan jika perkara yang diperkatakan oleh pesakit itu betul, maka jelaskan sendiri dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Harap perkara ini diselesaikan dengan cara yang baik. Tak dapat apa-apa pun kalau saling tuduh menuduh kan?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement