Hi, what are you looking for?

Tempatan

Isu ‘Not My Problem’ MyUbat Disebabkan Oleh Kekeliruan Pelanggan – Hospital Kuala Lumpur


Isu MyUbat yang tular di media sosial berhubung perkhidmatan farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini, merupakan kekeliruan yang berlaku antara pengadu dan pegawai bertugas.

Pengarah HKL Dr Rohana Johan menjelaskan kekeliruan itu timbul apabila, perkhidmatan MyUbat yang tidak dapat dilaksanakan sebenarnya adalah bagi ubat tertentu, berikutan kekangan stok bekalan yang terhad.

“Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal dari tarikh pesakit menerima ubat tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Rohana, bagaimanapun berkata perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal.

Beliau berkata pihak HKL pada masa sama telah mengenal pasti pegawai terlibat dengan isu komunikasi itu serta tindakan sewajarnya bakal diambil bagi memastikan insiden tersebut tidak berulang.

“Pihak HKL akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pesakit berkongsi rasa tidak puas hati berhubung perkhidmatan diberikan ketika berurusan dengan ahli farmasi di HKL.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Macron Didakwa Sor Jam Tangan ‘Mewah’ Dalam Rancangan TV Sebuah video yang menunjukkan tindakan Presiden Perancis, Emmanuel Macron cuba menanggalkan jam mahalnya dalam...

Mamak News

0 BAGAN SERAI – Sebuah rumah penduduk di Jalan Baru Alor Pongsu hampir musnah, manakala dua buah yang lain bumbung tercabut setelah dipukul angin...

Lifestyle

0 Hingga buat netizen terliur Lebih 13K , Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Pedas ‘Smiling Fish’ Dengan Terung Asam. Sebut sahaja jenama ‘smiling fish’...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta sekolah rendah khususnya para guru untuk memantau murid mereka terutama Tahun Satu yang menjalani ibadah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications