Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Isu penginapan jadi kekangan Arab Saudi beri pertambahan kuota haji


IPOH – Kekangan penginapan berikutan banyak hotel belum dibuka dipercayai punca kerajaan Arab Saudi belum membuat penepatan kuota haji bagi jemaah untuk musim tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, ketika ini masih banyak hotel-hotel di negara berkenaan belum beroperasi ekoran pandemik Covid-19.

Katanya, keadaan itu menyebabkan tiada jaminan boleh diberikan sama ada kuota haji dikekalkan atau lebih banyak bagi jemaah Malaysia mahupun negara lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam pertemuan saya dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di Arab Saudi baru-baru ini, isu berkaitan kuota jemaah haji merupakan antara perkara yang dibincangkan.

“Memang itu pun harapan dan permintaan kita (kuota ditingkatkan), namun mereka juga mempunyai kekangan seperti penginapan,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 21 keluarga mangsa banjir dan ribut di Dewan Dato’ Ahmad Said di Sungai Rokam di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji (TH) telah melakukan persediaan rapi termasuk rundingan bersama pengusaha hotel di sana dari segi tempahan penginapan sekiranya mendapat pertambahan kuota. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement