Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Isu Tular Solekan Pengacara Didakwa Mirip Suzanna, RTM Terima Permohonan Maaf


video tular pengacara rtm suzanna

Isu Tular Solekan Pengacara Didakwa Mirip Suzanna, RTM Terima Permohonan Maaf

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan pihaknya telah menerima permohonan maaf susulan penularan video yang menyamakan solekan seorang pengacara dengan Suzanna.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah RTM, Suhaimi Sulaiman menerusi satu hantaran Facebook sebentar tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyatan tersebut, stesen penyiaran awam itu telah menerima menerima permohonan maaf daripada individu yang bertanggung jawab atas penularan video terbabit di TikTok.

Sebelum ini, pemilik akaun TikTok tersebut telah memuatnaik rakaman siaran lintas langsung Berita Wilayah bagi zon Selatan.

Rakaman siaran lintas langsung itu telah diambil dari studio RTM Melaka yang bersiaran pukul 5:00 petang semalam (Jumaat).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tular yang berdurasi 18 saat itu memaparkan solekan penyampai berita RTM Melaka, Nor Amalina Abdul Halim yang didakwa menyerupai pelakon filem seram Indonesia, Suzanna.

Video tular tersebut memiliki unsur tokok tambah

Justeru, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM, Md. Shahri Saripan telah menjelaskan hasil semakan pasukannya terhadap video itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil semakan mendapati rakaman video asal berita tersebut yang disiarkan melalui platform RTMklik itu tidak seperti yang ditularkan.

“Video yang tular itu seolah-oleh telah disunting semula, terutama solekan di bahagian lingkaran mata penyampai berita berkenaan” jelasnya.

Dalam pada itu, RTM menjelaskan bahawa pihaknya sangat terbuka untuk menerima sebarang teguran dan kritikan mebina daripada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“RTM khususnya bahagian berita cukup terbuka dalam menerima pandangan, teguran atau nasihat orang ramai sebagai penonton setia semua program terbitan stesen ini.

“Bagaimana pun pandangan atau perkara yang sengaja ditularkan dengan sedikit tokok tambah adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab”.

Jelasnya lagi, RTM tidak berhasrat untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas individu terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana, individu berkenaan telah pun memuatnaik kenyataan permohonan di platform media sosial tersebut atas perbuatannya,

Pada akhir kenyataan, pengguna-pengguna media sosial diingatkan untuk menjadi lebih cakna dan bijak dalam memuatnaik hantaran di akaun masing-masing pada masa hadapan.

Dalam hantaran yang sama, RTM turut menampilkan foto pembaca berita terbabit dengan tangkap layar daripada video berkenaan sebagai rujukan orangan ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Cukup Mudah, Cara Nak Hilangkan Kulat & Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna 2 Bahan Je

Sumber: Suhaimi Sulaiman via Facebook

The post Isu Tular Solekan Pengacara Didakwa Mirip Suzanna, RTM Terima Permohonan Maaf appeared first on Siakap Keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications