Hi, what are you looking for?

Sukan

Isu tunggakan gaji kembali melanda MUFC


MASALAH tunggakan gaji kembali membelenggu Melaka United FC (MUFC) apabila beberapa tonggak utama pasukan berdepan dengan masalah ini.

Walaupun dicanang dan dilihat salah satu pasukan yang akan tampil dengan lebih bertenaga disamping peruntukan hampir RM20 juta bagi musim ini, perkhabaran semasa ini memperlihatkan situasi berbeza.

Terbaharu bekas pertahanan MUFC, Khairul Helmi Johari, mendedahkan situasi sukar yang dilaluinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

‘Keon’ yang kini beralih ke Kelantan FC pada musim ini masih menunggu tunggakan gajinya selama empat bulan daripada bekas majikannya itu.

“Sampai sekarang saya masih berusaha untuk dapatkan (baki gaji), pemain masih tunggu.

“Tidak tahu sampai bila dan harap Melaka dapat selesaikan segera sebab ini sudah memasuki musim baru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada pemain yang kekal dan ada yang sudah bawa haluan masing-masing.

“Saya tidak tahu tarikh sebenar yang mereka janjikan, saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya dipetik Astro Arena.

Isu Tunggakan Gaji Kembali Melanda MUFC

Permasalahan ini juga mendapat perhatian dari Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang
menyatakan solidariti kami kepada para pemain Skuad Utama Melaka United FC dan juga Pemain Skuad Piala Presiden Melaka United FC.

“Bagi makluman, tunggakan Skuad Utama adalah sebanyak 3 bulan dan tunggakan bagi Skuad Piala Presiden adalah sebanyak 2 bulan setengah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“PFA Malaysia telah pun menghantar Notis Tuntutan kepada pengurusan Melaka United dan menggesa agar tunggakan dilunaskan selewat-lewatnya pada 19 Januari 2022.

“PFA Malaysia ingin mengingatkan agar pasukan mengambil serius berkenaan isu pembayaran gaji memandangkan ini bukan merupakan kali pertama membabitkan pasukan Melaka United.

“Para pemain telah pun memberikan kerjasama dan memahami kekangan pasukan dengan memberikan tempoh yang sewajarnya. Semoga isu ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera,” ujarnya menerusi kenyataan rasmi, sebentar tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications