Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Kesihatan

Itali wajibkan vaksinasi penduduk 50 tahun ke atas


ROM, ITALI – Kerajaan Itali mewajibkan penduduk berusia 50 tahun dan ke atas untuk mendapatkan vaksinasi di bawah peraturan tegas baharu  bagi mengawal peningkatan kes Covid-19 di negara itu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Perdana Menteri, Mario Draghi dalam satu kenyataan berkata, langkah mandatori itu diperkenalkan bagi memperlahankan pertumbuhan keluk penularan wabak tersebut dan menggesa penduduk Itali yang belum divaksinasi untuk mendapatkan pelalian.

“Kami melaksanakan peraturan ini dalam kalangan kumpulan usia yang paling berisiko dimasukkan ke hospital bagi mengurangkan tekanan ke atas institusi perubatan dan menyelamatkan nyawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Langkah ini juga adalah perlu untuk memastikan hospital dapat berfungsi dengan baik dan pada masa sama, memastikan sekolah serta perniagaan dapat terus dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Peraturan tersebut berkuat kuasa serta-merta sehingga 15 Jun ini.

Dalam pada itu, sumber kerajaan memberitahu CNN semalam bahawa pekerja berusia 50 tahun ke atas di negara itu yang tidak menerima vaksinasi berdepan dengan hukuman denda antara €600 dan €1,500 (RM2,857 hingga RM7,142).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas lima hari sekiranya masih tidak mendapatkan suntikan vaksinasi, gaji mereka tidak akan dibayar, namun jawatan tetap dikekalkan. Pembayaran gaji hanya akan dilakukan selepas mereka menerima suntikan tersebut.

Sementara itu, bagi individu ingkar berusia lebih 50 tahun yang tidak bekerja atau telah bersara, mereka akan didenda sebanyak €100 (RM476).

Setakat ini, kira-kira 74 peratus daripada penduduk Itali telah menerima sekurang-kurangnya dua dos suntikan vaksinasi Covid-19, enam peratus mendapat satu dos suntikan dan 35 peratus menerima suntikan dos penggalak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Itali telah merekodkan lebih 138,000 kematian akibat Covid-19 sejak wabak tersebut mula menular di negara itu pada Februari 2020. – AGENSI 



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement