Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Itu majlis merisik, bukan bertunang – Sufian Suhaimi


KUALA LUMPUR – Penyanyi Sufian Suhaimi menegaskan video tular pada Oktober tahun lalu adalah majlis merisik dengan seorang wanita dikenali sebagai Rania dan bukannya pertunangan seperti yang didakwa ramai sebelum ini.

Menurut Sufian, 31, pada awalnya majlis merisik tersebut hanya diadakan secara tertutup bersama keluarga tetapi tidak menyangka menjadi tular selepas sebuah video tersebar dalam media sosial.

“Itu hanyalah majlis merisik dan kami tidak bertunang pun. Majlis pertunangan tak pasti sama ada buat atau tidak tetapi kalau hendak mengikut adat, mungkin akan buat juga nanti.

“Saya tidak sangka video merisik itu ‘terlepas’ kepada umum namun saya okey sahaja sebab bukanlah perkara tak baik. Ramai yang salah faham itu bukan bertunang, tapi sebenarnya merisik,” katanya ditemui pada sidang akhbar Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang popular menerusi lagu Di Matamu itu juga tidak menolak kemungkinan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun ini namun masih belum menetapkan tarikh.

“Majlis nikah dan persandingan masih belum ada tarikh yang tetap tetapi jika ikut perancangan kasar, kami mahu adakan pada tahun ini.

“Namun, semuanya bergantung kepada jadual masing-masing sebab kami berdua sibuk dengan kerjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada istilah terburu-buru ditambah pula kami berdua masih dalam proses mengenali hati budi cuma kalau boleh tak mahu terlalu lambat. Insya-Allah tahun ini raya terakhir sebagai lelaki bujang,” ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, sebuah video memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian, menyarung cincin di jari manis seorang gadis yang tular dalam TikTok mencetuskan spekulasi sama ada penyanyi tersebut sudah melansungkan pertunangan.

Sufian sebelum ini juga pernah berkongsi bakal isterinya itu berusia 23 tahun dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT). – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement