Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Ivory Coast cipta magis ke final


ABIDJAN – Penyerang Ivory Coast, Sebastien Haller muncul wira pasukan itu selepas meledak gol tunggal pasukan itu ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Congo untuk mara ke perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika 2023 awal pagi semalam.

Haller meledak gol tersebut pada minit ke-65 apabila rembatan kencangnya melantun dan melepasi jangkauan penjaga gol Congo, Lionel Mpasi sekali gus membawa pasukan itu mara ke pentas final biarpun mereka hampir tersingkir di peringkat kumpulan.

Penggempur Borussia Dortmund itu berpeluang untuk membuka tirai jaringan sebaik babak kedua bermula, namun tandukannya sedikit tersasar sebelum dia mendapat satu lagi peluang selepas membuka tirai jaringan itu, tetapi rembatannya gagal menepati sasaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
HALLER meledak gol tunggal perlawanan untuk membawa Ivory Coast mara ke final AFCON 2023 AFP

Perjalanan The Elephants pada saingan kali ini dianggap unik apabila mereka sekadar meraih tiga mata di peringkat kumpulan hasil satu kemenangan dan dua kekalahan serta melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik dengan status pasukan di tempat ketiga terbaik sahaja.

Situasi itu menyaksikan pengendali mereka, Jean-Louis Gasset terpaksa menanggung padah apabila dipecat daripada jawatannya sebelum digantikan dengan Emerse Fea yang bertindak sebagai jurulatih interim.

Namun, Fae berjaya mencipta magis dan berpeluang untuk membantu pasukan itu meraih gelaran AFCON buat kali ketiga dengan membuat perhitungan di final menentang Nigeria selepas Ivory Coast muncul juara pada edisi 1992 dan 2015.

“Kami sangat gembira, pasukan ini benar-benar sudah melupakan kesulitan yang dialami ketika saingan peringkat awal. Ia bagaikan mimpi kerana dua minggu lalu kami tewas kepada Equatorial Guinea dan hampir terpaksa melupakan baki saingan,” kata Fae. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement