Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Jaguh maraton, Kelvin Kiptum maut kemalangan


NAIROBI, Kenya – Berita sedih menyelubungi sukan maraton apabila pemegang rekod dunia sukan tersebut, Kelvin Kiptum disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di barat Kenya malam tadi.

Lebih menyedihkan, jurulatih Kiptum, Gervais Hakizimana turut terkorban dalam nahas tersebut selepas kereta yang dipandu Kiptum dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

Kiptum, 24 tahun, dianggap pencabar kepada rakan negaranya, Eliud Kipchoge selepas memecahkan rekod dunia milik Kipchoge di Chicago pada Oktober lalu dengan catatan dua jam 35 saat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemergian tragis tersebut turut mendapat perhatian Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe sekali gus memberi penghormatan kepada atlet berbakat besar itu.

“Kami benar-benar terkejut dengan berita ini dan amat sedih apabila mengetahui kehilangan Kiptum dan Hakizimana. Kiptum seorang atlet yang luar biasa dan dia meninggalkan warisan yang luar biasa,” kata Coe.

Menurut pihak berkuasa tempatan, Kiptum dan jurulatihnya terlibat dalam kamalangan kira-kira pukul 11 malam waktu tempatan selepas kereta yang dipandu Kiptum hilang kawalan dan kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. -KOSMO! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement