Hi, what are you looking for?

Mamak News

JAIS siasat isu pembesar suara surau


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian lelaki mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran dekat sini yang dikaitkan dengan penggunaan pembesar suara semasa program kuliah subuh.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, JAIS pada 23 Oktober 2017 telah mengeluarkan arahan kepada pentadbir masjid dan surau seluruh Selangor untuk tidak membenarkan penggunaan pembesar suara luar untuk sesi kuliah yang dijalankan.

Katanya, ini adalah selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris berhubung pembesar suara pada 16 Oktober 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sultan Sharafuddin dengan jelas menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja.

“Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Shahzihan, titah baginda dibuat agar imej dan kemuliaan agama Islam sebagai suatu sistem cara hidup yang sempurna dan dianamik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, ini juga sentiasa mementingkan kesejahteraan masyarakat seluruhnya dapat dirasai oleh semua pihak dan seterusnya menjadi contoh teladan yang baik.

“Justeru, siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 kerana disyaki berlakunya satu perbuatan melanggar titah Sultan Sharafuddin atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki kerana mengamuk dalam surau selepas mendakwa kuliah Subuh terlalu bising hingga mengganggunya dalam kejadian di Ampang Campuran, dekat sini, Ahad lalu. -KOSMO! ONLINE.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BANGKOK: Seorang wanita dari Pathum Thani terkejut apabila kediaman beserta segala barangan peribadi miliknya tiba-tiba dirampas pihak bank...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini seiring dengan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KLANG – Malang berganda menimpa seorang lelaki warga emas apabila cedera ketika mengejar dua individu bermotosikal yang melarikan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PELAKON dan juga pereka fesyen terkenal, Fujianti Utami mengakui mengalami penurunan berat badan mendadak kerana berdepan dengan masalah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications