Hi, what are you looking for?

Mamak News

JAKIM Hasilkan Aplikasi Telefon Pintar Khas Buat Golongan ‘Kunyit’


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Berita gembira buat golongan yang selama ini agak-agak terpengaruh, terpesong, terkeliru serta telah tersimpang jauh lari dari fitrah.

Mereka yang mempunyai gender dysporia, kecelaruan gender, krisis identiti jantina atau mereka yang lebih manja dengan gelaran golongan semburit atau ‘kunyit’, kini boleh mendapatkan bantuan menggunakan aplikasi telefon pintar dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ya! Betul. Anda kini tidak perlu lagi melarikan diri dari JAKIM untuk ke Thailand atau mencari perlindungan untuk menukar jantina di Australia!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana JAKIM kini telah memperkenalkan aplikasi yang dinamakan Hijrah Diri – Homoseksualiti melalui satu hantaran yang dibuat di laman Facebooknya bagi membantu golongan ‘kunyit’ atau Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender (LGBT) seperti anda kembali ke pangkuan jalan.

Aplikasi ini merupakan satu inisiatif dan usaha murni JAKIM yang dibangunkan bersama Yayasan Ihtimam Malaysia sebagai usaha untuk membantu golongan ‘kunyit’ yang telah ‘hanyut’ kembali kepada fitrah.

Antara lain aplikasi ini mengandungi e-book yang menceritakan pengalaman sebenar seorang gay yang telah bertaubat dan meninggalkan perlakuan homoseksual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kisah beliau yang nekad untuk berhijrah pada satu bulan Ramadan wajar dijadikan iktibar buat golongan ‘kunyit’ sepertinya di luar sana.

Turut disertakan dalam aplikasi ini ialah wirid al-ma’thurat, doa serta zikir terpilih yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Terdapat juga kertas kerja berkaitan isu LGBT menurut perspektif Islam, tazkirah dalam bentuk audio serta banyak lagi!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, buat masa ini, aplikasi telefon pintar ini hanya tersedia dan boleh dimuat turun di Goole Play Store oleh mereka yang menggunakan peranti Android sahaja.

Tidak dinyatakan pula bila golongan ‘kunyit’ yang menggunakan peranti iOS atau HarmonyOS dapat memuat turun aplikasi yang berguna ini di Apple App Store atau Huawei AppGallery nanti.

Untuk muat turun, pengguna boleh klik pautan yang diberikan berikut:

Advertisement. Scroll to continue reading.

http://onelink.to/hijrahdiriapp

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app_hijrahhaqq.layout&showAllReviews=true

Tinjauan di ruangan komen Facebook JAKIM tersebut mendapati ramai yang memuji langkah baik ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga bermanfaat, ramai yang cari jalan pulang tapi segan.” – Muhammad A

“Tahniah JAKIM. Semoga bermanfaat kepada mereka yang ingin berubah dan bertaubat.” – Zulkiflee Said

“Terbaik. Moga kita berubah ke arah kebaikan.” – Izzat Al Hadi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan di laman Google Play Store pula mendapati aplikasi ini telah diberikan ‘4 Setengah Bintang’ dan telah mendapat pelbagai reaksi.

“Sangat berguna untuk masyarakat sekarang.” 5 Bintang – Nurul Fatihah

“Alhamdulillah, saya dah insaf.” 5 Bintang – RitardRx

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sesudah memuat aplikasi ke dalam fon saya, saya menjadi semakin gay. Sebelum ini saya hetero. Two thumbs down.” 1 Bintang – King Kraft

Hijrah Diri

Sumber & kredit foto: Facebook JAKIM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. TENERIFE: Sekumpulan pelancong sanggup beratur lama untuk menunggu giliran berjemur di tepi kolam renang di sebuah hotel bertaraf...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam terus menunjukkan penurunan kepada 2,437 kes dengan enam kes import berbanding 3,045...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. GEORGE TOWN – Seorang wa­nita yang parah selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah apartmen sambil mendakap al-Quran pada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 29 tahun berasal dari aware maut dipercayai akibat bunuh diri kelmarin, berhampiran bangunan Capitol...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications