Ekoran hujan lebat yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia, terdapat jalan yang telah ditutup berikutan tanah runtuh yang berlaku.
Seperti yang dilaporkan, laluan menuju ke Jalan Seremban – Simpang Pertang telah ditutup.

Menerusi perkongsian melalui akaun rasmi Facebook Bernama laluan menuju ke Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi, Jelebu telah ditutup sementara kepada semua kenderaan.
Penutupan jalan tersebut adalah ekoran daripada kejadian runtuh di kawasan berkenaan pada malam tadi.
BACA: 13 Tanda Awal Tanah Runtuh Yang Korang Perlu Tahu!
