Peralihan kepada RFID ini adalah sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol dengan menggunakan teknologi yang lebih sistematik.
Pun begitu, keadaan sebaliknya berlaku hari ini apabila dipercayai berlakunya kesesakan trafik di beberapa plaza tol di ibu kota.
Memetik laporan Kosmo, laluan di tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk seawal pukul 7 pagi yang didakwa berpunca daripada penggunaan sistem RFID tersebut.
Tidak cuma itu, keadaan sama turut berlaku di Tol Sungai Besi iaitu kira-kira 10 kilometer menghala ke Kuala Lumpur.
Keadaan tersebut menyebabkan orang ramai yang hendak ke tempat kerja mengambil masa yang agak lama untuk melepasi kedua-dua tol berkenaan.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di media sosial pula, rata-rata netizen berkongsikan pengalaman mereka menggunakan teknologi RFID itu dan ada juga yang memberi saranan agar sistem itu ditambah baik selepas ini.
RFID is
Reverse Frequency IDentification. You need to use your car REVERSE technology to pass the toll.— Alawiyah Yussof 🏴 (@AlawiyahYussof) January 17, 2022
Tadi pergi gopeng berapa banyak kete kena reverse balik dekat lane rfid tu. Rfid sepatutnya lebih efisien and cepat tapi tadi lane rfid yang panjang lol tah pape
— hafyza (@HfyzaKhlid) January 17, 2022
Tol duta and subang have changed their smart tag booths to RFID pic.twitter.com/lV12XTcsLA
— Admalina (@admalinahasan) January 17, 2022
Empat kali lalu tol harini kat plus..takde satu pun tol RFID yg gue nampak smooth je..semua ade je kereta stuck kene undur kedepan banyak kali
— Gadis (@mienanna) January 17, 2022
dah beli rfid tu tapi belum pasang sbb tak confident 😅
— ㅅ (@shadaixxx) January 17, 2022
Rasa nak beli menatang rfid tu, tapi lepas dapat tau sistem lembap better pakai tng jela 😏
— cighaaaa (@d_kfkt_lk) January 17, 2022
Memang ada je yang boleh guna RFID tu, tapi aku tengok mostly takboleh guna, dah tahu system baru tu kita try lah dulu efficiency dia mcm mana, then baru wajibbkan
— aziq (@haziqshharuddin) January 17, 2022
Why is it when they put up new RFID lanes it is at the expense of existing smart tag lanes? Smart Tag are not the problem, replace the touch and go lanes lah. Smart Tag has been good for me and I dont see the need for RFID yet. But now I’m the one left with limited lanes at PLUS.
— Ashraf Azmi (@AshrafAzmi) January 17, 2022
RFID is a great technology only if it is used correctly and with the support of proper system. System pun lembab, letak teknologi paling canggih pun tetap terasa kuno dan menyusahkan jugak.
— rwby feeling great 🇲🇾 (@paisyusuff) January 17, 2022
Sumber: Kosmo, Twitter, Facebook
