Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Jangan Biar Sampai Kotoran Melekat Pada Baju, Ini Tips Cuci Mesin Basuh


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan Biar Sampai Kotoran Melekat Pada Baju, Ini Tips Cuci Mesin Basuh

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang penting dalam setiap rumah. Lebih-lebih lagi ia sangat membantu dalam meringankan kerja harian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi yang sudah berkeluarga atau mempunyai isi rumah yang ramai, tentunya mesin basuh ini sering digunakan dengan kerap.

Walaupun mesin basuh yang digunakan sentiasa tampak bersih, namun, air bilasan pakaian yang terkandung kotoran mungkin terperangkap pada saluran mesin basuh anda.

Bukan sahaja membuatkan pakaian yang dicuci tidak bersih sepenuhnya, malah ia juga berisiko membuatkan mesin basuh anda untuk tidak tahan lama (rosak).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, pentingnya mesin basuh anda dicuci secara “manual”. Hari ini, pihak SK akan membawakan tips mencuci mesin basuh yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Khairul Abdullah di bawah.

Tips Cuci Mesin Basuh Anda

Gambar: Fb Khairul Abdullah

Aku cuci mesin basuh aku ni setiap 2-3 minggu sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Itu pun tiap kali cuci air dia akan berwarna sedikit dan tetap berbuih juga walaupun tiada baju dan tak masukkan sabun pencuci. Sebabnya tiap kali basuh baju, akan ada saki baki sabun dan kotoran yang tertinggal kat dalam mesin tu.

So lagi kerap basuh lagi banyak sisa sabun dan sisa kotoran tertinggal dalam tu. Jadi kalau rajin setiap minggu boleh cuci, aku jenis malas maka 2-3 minggu sekali

Gambar: Fb Khairul Abdullah

Boleh jer beli segala jenis pencuci khas kat Shopee tu atau aku suka guna baking soda dengan cuka jer. Beli jenama Meriah tu dalam tiga ringgit lebih pastu campur cuka sebotol aku tak ingat harga dia. Boleh guna banyak kali. Dan kalau ada clorox pun lagi bagus jugak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cara dia mudah yakmat. Untuk top loading atau front loading pun sama sahaja.

BACA JUGA: Kena Bersihkan Benda Ni Je, Ini Cara Baiki Masalah Air Tak Bertakung Dalam Mesin Basuh

1. Masukkan setengah cawan baking soda ke dalam tub/drum, dan masukkan 1 cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci tu. Set “clean tub” kalau ada atau set pada basuhan yang paling lama sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau mesin yang ada setting air panas maka set air paling panas, dan biarlah dia berpusing-pusing tanpa kain baju dalam tu.

Sesekali datang check tengok warna air, seram ke tidak.

Dah siap basuh buka penutup dan biarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tips Cuci Mesin BasuhGambar: Fb Khairul Abdullah

2. Kalau ada bleach klorox tu boleh buat satu round lagi. Masukkan setengah cawan bleach dalam tempat sabun tu dan basuh dengan air panas atau set basuhan yang paling singkat dan biarkan.

Cukup 2 round ni maka mesin basuh tu kira cun dah.

Kalau takde dont worry.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3. Tempat letak sabun, softener tu pun jangan biar berkerak. Tray tu biasanya boleh cabut dan keluarkan. So cuci bersih-bersih dan bilas dengan clorox. Bahagian mana yang nampak dan boleh cuci maka cucilah.

Kena rajin sikitlah kalau nak pakaian kita sentiasa bersih.

Gambar: Fb Khairul Abdullah

Lepas tu basuh baju lepas ni mesti wangi. Sebelum ni letak sabun paling wangi dengan softener paling best pun tak berapa nak wangi ye dak?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Moh ler kite pakat cuci mesin basuh selalu, agar pakaian kita sekeluarga dijamin bersih suci dan bermutu

Wahh macam iklan makanan pulak dah.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Khairul Abdullah 

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Lifestyle

0 Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga...

Mamak News

0 SINGAPURA: Kesihatan mental di Singapura dilaporkan semakin serius, namun lebih ramai bersedia mendapatkan bantuan, menurut tinjauan Kementerian Kesihatan (MOH). Tinjauan Kesihatan Penduduk Kebangsaan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications