Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan kelahiran Imam Mahdi


GEORGE TOWN – Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan kelahiran Imam Mahdi supaya tidak menjadi mangsa penipuan individu atau pihak yang mempunyai muslihat tertentu.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, mutakhir ini banyak dakwaan tentang kelahiran Imam Mahdi oleh pelbagai pihak yang dibimbangi boleh mengelirukan masyarakat Islam di negara ini terutama mereka yang kurang mencukupi pengetahuan agamanya.

Menurutnya, sebenarnya ramai individu atau kumpulan yang mengeksploitasi isu Imam Mahdi itu untuk tujuan tertentu terutama bagi kepentingan politik dan pengaruh agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

”Pada pandangan saya umat Islam tidak perlu memberi perhatian yang berlebihan tentang isu ini.

”Ini kerana umat Islam masih memiliki dua sumber yang sahih untuk dijadikan pedoman dan panduan kehidupan iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah, maka berpegang kepada kedua-duanya sudah cukup untuk membangun kehidupan yang baik, maju dan mulia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah pusat pengamalan tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah di Seremban, Negeri Sembilan ditutup selama enam bulan berkuat kuasa Rabu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa kepercayaan yang terpesong termasuk mendakwa kemunculan Imam Mahdi pada hari Arafah lepas, antara faktor pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah itu ditutup pihak berkuasa.

Menurutnya, panduan daripada al-Quran dan Sunnah mampu mengembalikan tamadun yang gemilang tanpa perlu menunggu kedatangan “Sang Penyelamat” yang tidak diketahui secara pasti bilakah masa kemunculannya.

”Apa yang paling wajar dibincangkan dan diberi keutamaan oleh umat Islam kini ialah tentang perkara-perkara praktikal yang mampu mengembalikan kekuatan umat dan kemuliaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Atau sekurang-kurangnya mampu menyelesaikan pelbagai masalah semasa yang membelenggu kehidupan umat seperti kemiskinan, perpecahan, rasuah, gejala anak-anak muda kehilangan arah dan sebagainya,” tegasnya isu Imam Mahdi tiada kaitan dengan akidah Islamiah. KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement