Hi, what are you looking for?

Sukan

Jangan serang individu – Safawi Rasid


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya, Mohamadou Sumareh memiliki kekuatan mental untuk mengharungi detik sukar selepas menjadi sasaran kritikan daripada peminat tempatan.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berasakan, adalah tidak wajar untuk menjadikan seseorang sebagai sasaran untuk peminat melepaskan rasa marah kerana keutamaan harus diberikan kepada prestasi pasukan.

“Dalam mana-mana sukan, akan ada kecaman dan pujian. Saya rasa Sumareh mampu atasi kecaman dan sebagai salah seorang daripada kapten pasukan, saya rasa benda itu (kritikan) tidak patut berlaku sebab kami bermain sebagai satu pasukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau mahu kecam, kecam semua dan kalau puji, puji semua. Saya harap ia tidak lagi berlaku, namun saya yakin mental Sumareh cukup kuat,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kelmarin.

Pemain yang cukup dikenali sebagai Keli Boy itu kembali menjadi kecaman peminat bola sepak negara selepas mempamerkan aksi kurang baik ke­tika diberikan peluang membarisi kesebelasan utama pada perlawanan akhir Piala Raja Thai menentang Tajikistan di Sta­dium 700th Anniversary, Chiang Mai Ahad lalu.

Menambah kemarahan penyokong apabila Sumareh dilihat melakukan terjahan kasar ke atas pemain lawan, namun bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada perlawanan itu, Harimau Malaya terpaksa berpuas hati sebagai naib juara apabila tewas 3-0 kepada Tajikistan menerusi penentuan penalti selepas ke­dua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa permainan sebenar.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SEOUL: Pelakon drama bersiri paling popular Netflix, Squid Game, O Yeong-su didakwa di mahkamah negara itu atas kesalahan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. AL KHOR – Hasrat Jerman untuk merekodkan kemenangan pertama pada edisi Piala Dunia 2022 masih gagal menjadi kenyataan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SHAH ALAM – Selepas 11 minggu berentap, penyanyi bersuara lantang Jaclyn Victor menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KAHERAH – Ahli-ahli arkeologi Mesir menemui makam-makam purba yang mengandungi sejumlah mumia dengan lidah emas di dalam mulut...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications