Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Jangan tekan pautan, itu semua ‘scammer’ – Neelofa


PETALING JAYA – Usahawan selebriti Noor Neelofa mengingatkan orang ramai agar tidak menekan butang klik pada pautan dihantar sindiket pelaburan atas talian atau scammer dalam Instagram yang cuba memperdayakan wang menggunakan namanya.

Katanya, segala paparan artikel palsu dihantar pihak terbabit yang menyatakan dia berjaya meraih pendapatan lumayan hanya dengan klik pada pautan tersebut hanya mahu memancing mangsa.

“Kalau sesiapa baca ini, atau ternampak tajaan iklan serta berita dalam Instagram seperti saya tunjukkan ini, itu semua adalah adalah scam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tolong jangan tekan link (pautan) dalam artikel itu, antaranya sebab temu bual itu cuma naratif mereka sendiri untuk menipu orang Malaysia.

“Dengan kes ‘interview’ yang sangat palsu serta pautan diberi itu untuk curi duit anda semua, jangan terpedaya dengan konten artikel yang semuanya palsu,” katanya dalam Instagram.

Amaran yang dibuat isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu turut disertakan paparan artikel serta gambar palsu seperti didakwanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, itulah modus operandi digunakan scammer supaya orang tertarik dengan iklan mendapatkan wang menerusi cara mudah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ramai orang tertipu sekarang dengan scammer. Minta semua hati-hati dengan konten palsu seperti itu.

“Ini salah satu cara atau jalan untuk membuatkan orang percaya kononnya saya buat duit hanya melalui pautan tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, foto video dan suara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, kerap dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan menipu orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia menyelar tindakan scammer berkenaan sama seperti golongan terlaknat, Yahudi. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement