Hi, what are you looking for?

Mamak News

Jangan terpedaya iklan lesen terbang salah guna gambar Perdana Menteri


PUTRAJAYA – Sindiket ‘lesen terbang’ semakin berani apabila dikesan menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam iklan mereka bagi mempengaruhi orang ramai.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan palsu berkenaan selepas ia tersebar menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurutnya, iklan bertajuk ‘Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan’ itu dikatakan telah menyalahgunakan gambar Perdana Menteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi meyakinkan orang ramai, sindiket turut meletakkan pautan pendaftaraan https://www.motif.my/bantuan-lesen/ dan turut dipelawa menyertai ‘grup whatsApp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa,” katanya.

JPJ berkata, iklan tersebut adalah palsu dan mereka memandang serius sindiket lesen terbang itu selain memaklumkan bahawa siasatan lanjut akan dilakukan segera bagi mengesan dalangnya.

“Kami juga akan membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh, serta menghubungi pejabat JPJ berdekatan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat dan sahih,” katanya.-KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement