Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Jarang Berlaku, 4 Beradik Bukan Kembar Ini Lahir Pada Tarikh Yang Sama, 6 September


Jarang Berlaku, 4 Beradik Bukan Kembar Ini Lahir Pada Tarikh Yang Sama, 6 September

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan untuk memiliki anak suatu hari nanti. Bagi kebanyakan pasangan, dengan kehadiran cahaya mata, mahligai yang dibina terasa lengkap dan sempurnalah keluarganya.

Anak-anak yang dilahirkan pula diharapkan dapat membesar dengan sihat walafiat tanpa sebarang penyakit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi mereka yang bertuah, anak kembar yang lahir pada tarikh yang sama sudah semestinya menjadi mimpi indah buat sesebuah keluarga.

Namun lain pula yang terjadi pada sebuah keluarga ini apabila mereka dikurniakan anak yang lahir pada tarikh yang sama tetapi bukan kembar.

Sebaliknya, pasangan ini memiliki empat orang anak yang lahir pada tarikh sama iaitu 6 September, cuma pada tahun yang berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Itulah rezeki yang tidak disangka-sangka yang diterima oleh pasangan suami isteri, Salihin Ahmad Perbah, 49, dan Khairunnisa Abdul Karim, 39, dari Singapura ini.

Menurut Mediacorp, tiga anak pertama pasangan ini masing-masing dilahirkan dalam tempoh selang dua tahun antara satu sama lain. Manakala mereka baru sahaja menyambut cahaya mata baru-baru ini.

Empat beradik itu adalah Shahin Khalish, 12, (2011), Sairish Khaila, 10, (2013), Shaila Kheisha, 8, (2015) dan Shaira Khaira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit Mediacorp

“Memang tak sangka. Tarikh lahir asal dijangka 24 September. Bila isteri ada temu janji pemeriksaan pada minggu ke-36 atau ke-37 kehamilan. Dr Jazlan ada katakan ada kemungkinan besar isteri saya akan lahirkan sama tarikh dengan anak-anak kami yang lain.

“Rasa terperanjat dan kegembiraan kerana lepas lapan tahun, Alhamdulillah tarikh pun masih sama,” cerita Encik Salihin mengenai anak keempat mereka. Bayi comel itu dilahirkan dengan berat 2.91 kilogram. 

Fenomena yang jarang berlaku

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Jazlan Joosoph yang menyambut kelahiran bayi itu, kejadian itu adalah fenomena yang amat jarang berlaku.

“Anda mungkin pernah dengar tentang dua atau tiga bayi dalam satu keluarga yang dilahirkan pada tarikh sama. Namun untuk empat atau lebih anak dengan tarikh sama adalah sangat sangat jarang berlaku.

“Terutama sekali jika bayi itu dilahirkan secara normal. Jika secara pembedahan, tarikhnya boleh dirancang tetapi melahirkan secara normal bukan mudah untuk rancang,” kongsi Dr Jazlan kepada Mediacorp. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau lagi, kelahiran anak keempat pasangan itu pada tarikh yang sama merupakan pengalaman pertamanya sepanjang 22 tahun sebagai pakar sakit puan.

“Sesetengah pakar sakit puan tidak akan pernah meraih pengalaman amat jarang berlaku ini sepanjang kerjaya mereka,” kata Dr Jazlan, yang turut memuat naik berita gembira pasangan tersebut ke akaun media sosial beliau.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, apabila ditanya berkenaan jangkaan beliau untuk tarikh kelahiran bayi keempat pasangan itu, beliau tidak menjangkakan perkara itu boleh berlaku.

“Tidak sama sekali. Selepas anak kedua, saya fikir apakah kemungkinan anak ketiga mereka dilahirkan pada tarikh sama. Akhirnya perkara luar biasa ini berlaku.

“Selepas anak ketiga, pasangan itu ingatkan mereka tidak akan ada anak lagi. Kemudian mereka hamil anak keempat dan sekali lagi perkara menakjubkan ini berlaku. Bayi keempat juga berkongsi tarikh lahir dengan abang dan kakaknya,” cerita Dr Jazlan.

Sumber: Mediacorp

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tindakan Murni Abang Kurier Tolong Lindungi Jemuran “Customer” Dari Hujan Dipuji Tindakan murni penghantar barangan dipuji selepas dia didapati membantu melindungi barangan pelanggan...

Lifestyle

0 KKM sedia hadapi ancaman pandemik penyakit X Ancaman Penyakit X Makin Hampir, Pakar Jangka 50 Juta Kematian Dan Lebih Bahaya Daripada Covid-19. Pakar...

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications