Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Jasmine Suraya tinggalkan Malaysia, kejar ‘Hollywood’


KUALA LUMPUR – Pelakon Jasmine Suraya bangga apabila terpilih menjadi aktres pertama Malaysia, sekali gus Asia pertama melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre and Film Institute, Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS) tahun depan.

Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkata, langkah melanjutkan pengajian tersebut adalah antara keputusan terbesar yang pernah diambilnya sejak bergelar anak seni tujuh tahun lalu.

Lebih membanggakan, beberapa bintang ternama Hollywood seperti Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga juga merupakan alumni institut berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya akan berehat sementara dari dunia lakonan untuk melanjutkan pelajaran di LA yang juga merupakan antara akademi seni berprestij di dunia.

“Selain itu, saya juga merupakan pelakon Malaysia pertama dan satu-satunya artis Asia bagi pengambilan kali ini,” katanya kepada Kosmo! pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya di sini, semalam.

Bercerita lanjut, bintang filem Paskal itu memberitahu, permohonan untuk menyertai institusi tersebut dihantar pada awal tahun ini dan keputusan kemasukan pula sekitar Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia juga memaklumkan sanggup menolak beberapa tawaran lakonan drama dan filem demi merealisasikan impiannya.

“Saya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan termasuk dari produksi filem Indonesia.

“Pada awalnya memang rasa terkejut dan berat hati apabila dapat tawaran ini tetapi memikirkan impian untuk menjadi pelakon lebih baik, saya teruskan hasrat tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi, saya akan ‘terbang’ ke sana Disember dan kelas akan bermula pada Januari sehingga Disember tahun depan,” ujarnya.

Sementara itu, Jasmine memberitahu, kos pengajian juga menjadi salah satu kebimbangannya apabila perbelanjaan keseluruhan pengajian yang perlu ditanggung adalah sekitar RM300,000.

Susulan itu, dia menaruh harapan besar agar hasratnya untuk menyambung pengajian ini mendapat sokongan daripada pihak kerajaan khususnya dalam bentuk biasiswa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara usaha lain yang telah dilakukan seperti menghantar permohonan kepada beberapa agensi kerajaan termasuk kerajaan negeri Sarawak.

“Sebagai anak jati Sarawak, saya juga telah menghantar surat permohonan untuk mendapatkan dana sokongan daripada badan kerajaan di sana.

“Saya juga ada mencuba nasib dan mohon dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Setakat ini masih menunggu keputusan namun sangat berharap agar impian ini meraih sokongan penuh daripada pihak kerajaan,” ujarnya. 

ends


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications