Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

JDT tidak sabar uji stadium baharu


PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap Stadium Shah Alam yang serba moden itu dapat direalisasikan, sekali gus menjadi kebanggaan penyokong pasukan Gergasi Merah.

“Saya berharap semoga Stadium Shah Alam yang baharu menjadi satu kenyataan dimana rakyat Selangor boleh berbangga. JDT pun tak sabar untuk beraksi di stadium tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga berharap lebih banyak stadium yang secanggih seperti ini boleh dibangunkan kerana ia akan meniadi satu kebanggaan untuk negara dalam industri bola sepak negara,” kata Tunku Ismail menerusi laman ­Instagram kelmarin.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu turut menjelaskan, beliau tidak cemburu de­ngan pembinaan stadium terbabit meskipun mempersoalkan kos pembinaan stadium berkenaan yang membabitkan nilai lebih RM700 juta.

Menurut TMJ, kos pembinaan Komplek Sukan Shah Alam yang dianggap murah sedangkan ia membabitkan penggunaan kelengkapan berteknologi canggih selain membandingkan dengan pembinaan Kompleks Sukan Singapura yang mencecah RM2 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Stadium Shah Alam bakal dilengkapi teknologi tinggi selain venue berkenaan turut menggunakan sistem penyejukan tempat duduk seperti venue Piala Dunia 2022 di Qatar.

Lebih menarik, stadium yang memiliki kapasiti hingga 40,000 penyokong itu turut boleh menjadi venue untuk acara dalaman memandangkan padang bola sepak boleh ‘dikeluarkan’ secara mudah alih seperti yang ada di stadium antarabangsa di Amerika Syarikat dan England.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement